Cerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...
" HyeIn, Jaemin tunggu kau kat dalam do. ",Minjeong berlari mendapatkan HyeIn yang sedang dalam perjalanan ke dewan kuliah sehingga kehabisan nafas.
HyeIn mengerutkan dahi, " apa dia buat kat sini. For real. Ni bukan fakulti dia. "
Sahabatnya yang cuba untuk menstabilkan kadar pernafasan, menyambung lagi. "masalahnya ramai perempuan nak duduk sebelah dia tapi dia cakap tu tempat kau! ", HyeIn hanya mengeluh.
Setibanya di dewan kuliah, mata HyeIn tertumpu pada lelaki berkaca mata yang duduk betul-betul dibahagian tengah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ya. Na Jaemin.
Jaemin membuat isyarat tangan meminta HyeIn untuk duduk disebelahnya. HyeIn tidak mahu membuat sebarang masalah, dia meluru kearah Jaemin tanpa senyuman.
" Apa kau nak. "
" sabtu ni ikut aku. "
" sabtu ni aku ada hal. "
" kau nak ikut aku or aku bagitahu Jeno sekarang kau girlfriend aku? " , Jaemin tahu Jeno ialah kelemahan HyeIn dan menggunakannya sebagai senjata untuk sentiasa mengugut gadis itu.
Tanpa menunggu keputusan HyeIn, Jaemin terus beredar.
*****
" Jaemin kau tak rasa bersalah ke dengan HyeIn? Dia memang betul-betul tak nak do. ", Jisung yang sentiasa bersama Jaemin tidak bersetuju dengan perkara yang sedang berlaku.
Lebih-lebih lagi kerana hubungan HyeIn dan Jeno sangat dikenali di universiti mereka. Jisung tidak mahu Jaemin menjadi punca mereka berpisah.
" Aku lagi serbasalah dengan Jeno. ", ringkas Jaemin.
Jawapan yang diberikan membuatkan Jisung terdiam dan hanya memerhatikan keychain bola keranjang di beg Jaemin.
" cakap pasal Jeno. Kau tak rin-"
" Takyah tanya apa-apa", Jaemin terus memotong percakapan Jisung dengan sengaja.
Jisung hanya mengangguk diam.
" Kau memang nak try HyeIn ke? ", Jisung kembali memecahkan keheningan sebaik sahaja membisu selama 10minit.
Jaemin yang bermain batu daripada tadi memandang wajah rakannya itu dan tersenyum.
" Jangan risau okay. Aku takkan buat macam tu dekat Jeno. Ni pun sebab mak aku je. Kau pun tau an "
Jisung yang mengetahui bahawa Jaemin lemah dalam pelukannya terus memeluk Jaemin tanpa berkata-kata. Dia tidak boleh membayangkan apa lagi yang lebih menyakitkan daripada perasaan seorang anak yang mempunyai ibu penghidap kanser.
" Tapi kau jangan pulak suka kat dia ea. "
Dalam diam, Jisung sangat merisaukan keadaan Jeno namun begitu, perkara ini juga bukan kehendak Jaemin. Jisung hanya mampu untuk memberikan nasihat sebagai seorang sahabat.
*****
" Mana Jeno ni. ", HyeIn melangkah ke fakulti SM.
Tidak lama dia melangkah, ada suara yang menyapa dari belakang.
" Cari Jaemin ke Jeno. Hahahaha "
HyeIn hanya mendiamkan diri, ada segelintir pelajar yang mendengar perbualannya dengan Jaemin telah menimbulkan kontroversi sehingga ada yang sentiasa memerlinya.
" eh, HyeIn apa awak buat kat sini? " , HyeIn menoleh dan melihat Jeno sedang tercungap-cungap berlari kearahnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" awak dah habis training pun still nak berlari datang sini. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni. ", ucap HyeIn sambil menghulurkan sapu tangan kepada Jeno.
Belum sempat Jeno membalas, tiba-tiba terdengar suara perempuan yang terang lagikan bersuluh bercakap kepadanya.
" Nak bagitahu Jaemin boyfriend baru ke tu. Hahahaha, takpe Jeno saya ada untuk awak. ", kumpulan gadis itu tertawa namun gelak tawa mereka yang nyaring itu terhenti apabila melihat kelibat Jaemin.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Sejak bila aku jadi boyfriend dia? Korang yang nak try Jeno lepastu jual nama aku. "
Jaemin ketawa kecil dan menghampiri Jisung yang berada tidak jauh dari situ.
Kehadiran Jaemin yang sebenarnya ingin mencari Jisung telah menyelamatkan HyeIn daripada prasangka Jeno.
Jeno kembali tersenyum, " takpe lah awak. Awak nampak takde mood. Kita bincang malam ni okay? Nanti saya ambil awak kat rumah. Biarkan je dorang okay. "
" kenapa awak terlalu memahami saya Jeno...", HyeIn berkata sendiri, terasa sebak di dada namun perlu ditahan sebaiknya.