" Rasa macam memang dorang ni berjodoh kan. Berlakon pun sama-sama. "
Ujar Puan Na membuka bicara. HyeIn dan ayahnya dijemput makan malam di rumah Jaemin oleh Puan Na sekadar untuk berbual-bual.
" Hahahaha tapi tu lah HyeIn ni ada boyfriend. "
Jaemin dan HyeIn bertentang mata apabila mendengar kata-kata daripada Encik Jung. Ayah gadis itu hanya mengetahui bahawa anaknya mempunyai teman lelaki bernama Jeno.
Lantas ayah Jaemin menjawab, " lah kau tak tahu ke Jaemin ni boyfriend HyeIn? "
" Jaem- Jaemin? Bukan Jen- "
" Ayah! Haa nanti HyeIn cerita. Sekarang ni kita makan dulu. Jangan lah cakap pasal ni. Segan lah. "
Encik Jung hanya menatap mata anaknya yang jelas menyembunyikan sesuatu.*****
" Apa jadi antara kau dengan Jeno? "HyeIn menyerang Jaemin sebaik sahaja dia tiba untuk menyapa. Jaemin mengambil kedudukan untuk duduk disebelahnya.
" asal kau tanya? "
" Tak! Aku pelik. Kau macam kenal sangat dengan Jeno. And bestfriend kau Jisung, pun rapat dengan bestfriend Jeno, Chenle tu. Everytime kau or Jeno terserempak dengan dorang, dorang mesti rush taknak korang nampak. Korang kenapa sebenarnya? "
" Wooo woo woo HyeIn. Before that. ", Jaemin menolak dahi HyeIn yang sangat rapat dengannya.
" Aku tak kuat tengok mata kau depan-depan macam tu. "
HyeIn terdiam mendengar kata-kata Jaemin sejurus membuat hatinya berbunga.
" Cukup kau tahu kitorang dulu kawan berempat. Then something happened between us, so kitorang jadi macam ni. "
" sebab Karina. ", ringkas HyeIn.
Jaemin memandang wajah HyeIn dari sisinya, tangan menyingkap rambut gadis itu dibelakang telinganya.
HyeIn memandang Jaemin kehairanan lalu menepis tangannya sebaik sahaja Jaemin menghampiri sedikit demi sedikit.
" Aku rasa better kau masuk dalam. Aku pun lelaki. ", Jaemin tersenyum.
Tingkah laku Jaemin sebentar tadi hanyalah kerana dia tidak mahu menjawab persoalan HyeIn. Dia berbaring diatas rumput dan merenung langit yang dihiasi bintang.
*****
Princess Aurora and Prince Phillip live happily ever after.Jaemin dan HyeIn memberi tunduk hormat sebaik sahaja persembahan theater mereka tamat. Keserasian yang dilakonkan oleh mereka menyebabkan sesetengah daripada pelajar universiti mempercayai bahawa mereka memang benar bercinta. Jeno yang memerhati dari jauh berbangga dengan lakonan HyeIn meskipun dia sebenarnya tidak mahu menonton.
Dewan tersebut menjadi riuh rendah dengan suara sorakan dan tepukan yang gemuruh dari penonton.
Majlis persaraan akan disambung semula dalam 30 minit kerana ingin memberi ruang kepada semua pensyarah dan pelajar untuk berehat sebentar.
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...