BAB 11

3.3K 313 23
                                    

Iman berlari keluar dari bangunan Helfer. Dia memandang bangunan dihadapan helfer.

Imran masih ada dalam bangunan tersebut!

Bangunan itu akan runtuh. Helfer melepaskan serangan licik. Mereka cuba nak serang Sniper tetapi lain pula jadinya.

BOM!

Satu letupan dari dalam bangunan tersebut. Iman melajukan lagi lariannya dan masuk ke dalam Bangunan itu.

"Imran! Where are you!"Kata Iman kuat sambil memegang earpiece. Dia berhenti seketika menarik nafas.

"Floor 13! Aku terperangkap dengan Alvin!"

Macam mana Alvin boleh ada dekat situ? Itu salah satu rancangan dari Aria. Aria menaiki Helikopter bersama Ayden manakala Alvin menolong Imran.

"Tunggu situ, Jangan buat benda pelik! Aku datang!"Kata Iman lantas berlari menaiki tangga. Lift dah rosak.

BOM!

Lagi sekali bangunan itu bergegar. Iman hampir jatuh tetapi sempat dia capai pemegang tangga.

"Shit!"

"AAAAAA GEMPAK BUMI! SOROK WEH!"Kata Imran kuat sambil berlari menuju kebawah meja.

Alvin hanya memandang sepi. Dia berdiri tegak memandang Imran yang bodoh itu.

"Apa la nasib aku duduk dengan jantan ni"Kata Alvin mengeluh. Dia berjalan mendekati Imran.

"Chill bro. Ini bukan gempa bumi tapi bangunan nak runtuh. Cuba kau relax kejap"Ujar Alvin melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

"Relax?! Weh, kau tahu tak kita ni bakal mati!?"

"Bakal baru"

"Ah kau! Pahal yang tenang sangat!"

"Relax bro! Ajal maut ditangan Tuhan"

"kau pun takde agama lagi!"Sembur Imran buat Alvin terdiam.

Dia terasa weh.

Imran juga terdiam apabila melihat Alvin seakan sedih.

"Weh vin, Aku tak bermak-.."

"Aku tahu la aku tak de agama tapi jangan la kata macam tu! Aku dilahirkan dengan family yang takde agama, bukan salah aku "Ujar Alvin tersebek-sebek. Ha sudah!

"Habistu asal kau tak masuk je Islam! kan senang!"Apahal bergaduh bab agama ni?

"Kau Islam kan! takkan taktahu Islam macam mana! Aku taknak la masuk sebab kawan, Aku nak masuk sebab hati aku cinta dengan Allah! Takkan itu pun kau taktahu, Bodoh!"Marah Alvin kepada Imran. Imran terdiam. Dia pula dibodohkan.

"Yela, aku bodoh. aku bodoh"Kata Imran mengalah.

Walaupun Alvin tiada agama tapi dia banyak tahu tentang Islam. Dia yang islam pun boleh lupa basic penting. Dia mula berasa malu. Malu kerana cakap main lepas pasal agama.

Dia sepatutnya jadi contoh yang baik pada Alvin. Allahu, Ya allah.. ampunkanlah hamba mu yang cuai ini. Sesungguhnya, dia takmahu untuk mengulangi kesilapan malah menolong rakannya itu sehingga berjaya masuk Islam dengan hati yang tenang.

Buk!

Iman terjatuh selepas merempuh pintu di ruangan department itu.

"Ah! sakit"Ujar Iman memegang lengan yang terhempas kuat dilantai itu. Dah la dia rempuh kuat dengan tubuhnya sendiri.

"Iman!"Ujar Imran dan Alvin serentak.

"Kita kena pergi sekarang! Bangunan nak runtuh!"

BOM!

MEVREWhere stories live. Discover now