BAB 27

2.8K 264 14
                                    

Selesai sudah hari akad nikah Qaisara dan Ashry. Qaisara melepaskan nafas lelah. Sungguh penat!

Jam sudah menunjuk pukul 10 malam. Seharian dia memakai baju kurung itu. Selepas sahaja akad nikah petang tadi. Dia dan Ashry perlu melayan ahli keluarga yang hadir.

Seharian juga dia perlu senyum sehingga bibirnya seakan mahu tercabut. kebas!

Qaisara memegang rahangnya sambil berjalan masuk kedalam bilik tidurnya. Biliknya itu penuh dengan barang hadiah. Itu hanyalah 1% hadiah yang dia terima. Lagi 99% terpaksa diasingkan kerana tidak memenuhi ruang.

Qaisara tersengih memandang hadiah yang besar-besar. Tak sabar untuk membuka.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukkan pintu buatkan dia tak jadi untuk duduk bersila.

"Sara, Nah peti kecemasan yang kau minta tadi"Ujar Iman menjenguk dari pintu. Qaisara berjalan menyambut.

Iman yang masih berpakaian baju kurung itu tenang masuk ke dalam bilik Qaisara. Dia tahu Ashry belum masuk ke bilik kerana Ashry and the gang lepak ni pondok luar bersama sanak saudara.

Disebabkan itu juga dia laju bertindak untuk memberi peti kecemasan. Nampak gaya meraka akan berlepak di luar sana sehingga lewat malam.

Melepaskan rindu dengan kawan-kawan katakan.

"Terima kasih, Man"Ujar Qaisara sebaik menyambut. Dia tersenyum manis kepada Iman. Iman hanya mengangguk.

"Betul ni, kau taknak aku tolong?"Qaisara mengeleng sambil berkata...

"Tahu la aku nak handle luka ni. Bukannya teruk sangat dah luka ni, Cuma.."

"..Tarikkan zip dekat belakang. Aku tak boleh nak tarik, pedih"Ujar Qaisara dengan sengihan. Iman melepaskan tawa kecil. Tadi belagak sangat.

Iman menarik zip baju nikah Qaisara kebawah. Mudah untuk Qaisara buka.

Qaisara menahan baju itu dari melorot jatuh. Kelihatan tali singlet hitam Qaisara.

"Dah, Aku keluar dulu ya"Ujar Iman berkata seusai selesai. Qaisara hanya mengangguk sebelum berjalan masuk kedalam bilik airnya.

Baju kurung itu dibuang dari tubuhnya sebelum dimasukkan pada bakul baju kotor.

Peti Kecemasan dibuka dan diletak pada kabinet sinki bilik air yang luas itu. Lampu pada Cermin besar bilik air Qaisara terbuka.

Qaisara mula menyingkap singletnya keatas lalu dia memandang luka yang terdapat pada sisi pinggangnya.

Terdapat kesan darah dibalutan buatkan dia mengetapkan giginya. Kenapa bocor?

Nasib baik, tak bocor banyak sehingga dapat terlekat pada baju nikahnya tadi. Kang ramai panik pula.

Qaisara berdecit perlahan sebelum perlahan membuka balutan dipinggangnya.

Klak!

"Sara-.."

Pak!

Qaisara terkejut mendengar suara Ashry buatkan dia gelabah sehingga melanggar hujung peti kecemasan peti itu pada tempat lukanya.

"Ergh!"Terbongkok tubuh Qaisara memengang sisi pinggang Qaisara. Kenapa dia terlalu gelabah?

"Sara!"Panggil Ashry agak kuat melihat Qaisara terbongkok kesakitan.

Dia terkejut apabila melihat darah mula menitik pada lantai bilik air itu.

Laju sahaja Ashry menerpa mendekati tubuh Qaisara yang masih tertunduk itu.

MEVREWhere stories live. Discover now