Wajah Mikayla yang dingin itu dipandang. Dahi Iman mula berkerut sambil matanya membuka laporan yang diberi oleh Mikayla.
Diam..
"Kau terima?"Soal Iman dingin. Matanya sekilas memandang wajah Mikayla.
Mikayla mengangguk perlahan.
"Qaisara tahu?"
"Tak. Aku kalau boleh taknak dia tahu lagi, Dia takkan setuju."
Iman mengeluh berat. Sungguh berat dia ingin melepaskan Mikayla.
Mikalya diterapkan dalam satu misi darurat. Dia perlu pergi ke tapak misi dengan secepat mungkin dan hanya diberi masa selama 24 jam untuk bersedia.
"Misi ni bahaya, Mikaa.. Kau belum bersedia untuk join misi ni"Ujar Iman dingin sambil menutup kertas laporan misi.
MIkayla mengeleng.
"Aku bukan Mikayla 5 tahun lepas..Dan aku dah bersedia untuk sertai misi ni. Ini pilihan aku sendiri."Jawab Mikayla dengan tenang. Iman memandang wajah Mikayla.
Ini kali pertama Mikayla pergi misi daururat sendirian tanpa team. Bermaksud, dia akan sertai dengan tentera yang lain untuk jayakan misi tersebut.
"Hati aku rasa berat, Mikaa.."Dia bimbang dengan keselamatan Mikayla.
Tambahan lagi, Misi ini berat.Mereka perlu selamatkan negara kecil itu daripada dirampas oleh negara kejam. Negara kecil yang tiada kemerdekaan dari dulu.
Peratus untuk mati itu luas, Ramai yang telah terkorban dan masih tidak dapat menjayakan misi tersebut.
"Ini kerja kita, man.. Kalau bukan kita? Siapa lagi?"Kata Mikayla tenang. Bibirnya melakar senyuman nipis.
"Tapi bergerak solo ni bahaya.. Bagi aku ikut ya? Ak-.."
Mikayla bergerak mendekati Iman sebelum tubuh itu dipeluk.
Iman terdiam apabila Mikayla memeluknya dengan tiba-tiba.
"Stay sini dan uruskan majlis kau, Aku nak pulang makan nasi minyak kau."
Diam...
Iman memegang belakang tubuh Mikayla. Matanya mula berkaca. Tiba-tiba sahaja dia terasa sebak. Sesungguhnya hati dia terasa tak tenang dengan berita ini. Wajah Mikayla pula seakan tenang. Apa yang telah berlaku sehinggakan Mikayla membuat keputusan sebegini rupa?
"Dan jangan risaukan aku.. Aku akan selamat, Insya'Allah"
Pelukan itu dileraikan oleh Mikayla sendiri. Wajah muram Iman itu dipandang.
"Doakan aku ya.."
"Mika?"Panggil Qaisara dai belakang Iman.
"Ayden bagitahu aku yang kau nak pergi Fenry, Ada apa-apa kes ke dekat sana?"Soal Qaisara berjalan mendekati mereka berdua.
Dengan pantas, Mikayla berjalan melepasi Iman sebelum mendekati Qaisara manakala Iman pula mengesat air matanya sebelum berpaling juga memandang Qaisara.
"Ada meeting sikit, Takpa..aku boleh uruskan"
"Sure?"
Mikayla mengangguk dengan yakin.
"Kau macam tak yakin dengan aku je"Soal Mikayla buat-buat sedih. Terus tawa Qaisara terlepas.
"Aku percaya lah."Ujar Qaisara sambil menepuk bahu Mikayla perlahan.
Tiba-tiba pandangannya berubah nakal memandang Mikayla.
"Sekarang aku nak tahu, Kau ada apa-apa ke dengan Ayden?"MIkayla mengeleng perlahan.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...