"T-uanku.."Suara Maisarah kedengaran perlahan.
Iman mengangkat wajahnya melihat hadapan. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat masing-masing terdiam dengan wajah yang terkejut.
Mata mereka tertuju dibahagian belakangnya. Apa ada pontianak ke?
Perlahan-lahan kepalanya berpaling memandang kebelakang. Dia juga terkejut apabila melihat wajah dingin Qarizh.
"Qarizh?"Matanya terus berliar mencari tubuh Qaisara dan Ayden. 2 ekor itu seakan tenang memandangnya tanpa ingin mendekat. Dasar.
"Bangun"Arah Qarizh dengan dingin. Matanya tanpa memandang wajah Iman.
Perlahan-lahan Iman bangun. Qarizh terus menarik tangan Iman untuk duduk bersebelahannya. Dia marah apabila melihat situasi Iman di pukul.
"T-tuanku.. Apa hajat tuanku datang ke mari?"Suara Nek Piah gugup. Matanya sekilas memandang anak dan menantu.
"Saja, terasa mahu menjenguk saudara mara bakal isteri saya"Jawab Qarizh spontan. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Nek piah dan yang lain-lain.
Makngah dan maisarah mula melopong. Mereka seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Tuanku Qashid adalah bakal suami Iman Aira.
Pakngah Iman menjeling sekilas memandang wajah terkejut anak bininya. Dia juga berasa puas melihat Tuanku Qashid datang membela Iman.
Sekurang-kurangnya, Iman dibela daripada dihina.
"Tapi saya kecewa tengok situasi tadi.."Suara Qarizh mula kedengaran dingin sambil matanya memandang Iman. Dapat dia lihat dengan jelas pipi Iman yang merah itu bersertakan dengan luka kecil.
Iman berpaling, menyembunyikan kesan tersebut.
Masing-masing menelan air liur kesat.
"Tu-anku.. Jangan salah faham, Kami hanya bergurau kasar"Kata Maisarah yang ingin memutar belit cerita.
Kening Qarizh terangkat. Apakah?
"Ya Tuanku. Memang macam ni cara kami bila berjumpa dengan saudara mara.."Sampuk Makngah bagi menyakinkan Qarizh.
Pakngah dah mula mengeleng perlahan. Sudah terang lagi bersuluh tetapi masih ingin berdalih?
Apa nak jadi lah?
"Oh ya? Bergurau kasar hmm?"Qarizh kembali memandang Iman.
"Betul ke sayang?"
Hampir tercekik Iman dibuatnya. Dia tahu, Qarizh sengaja.
Iman hanya mengangguk laju.
"B-etul.."
Qarizh hanya tersenyum nipis.
Dia diam memandang dalam mata Iman.
"Tipu"Kata Qarizh bernada dingin. Matanya menjeling sebelum memandang tajam ke arah Nek Piah.
"Tuanku.."
"Her cheek turn to red colour, It's looks hurt. Tell me, who do this?"Soal Qarizh mengalih rambut Iman ke belakang telinga. Kini, dengan jelas pipi Iman berwarna merah. Kesan tamparan
Semua diam tidak berkata. Takut ditangkap mungkin.
"Dia terjatu-.."
"Saya benci alasan.. Jadi jangan cipta alasan lain untuk memperbodohkan saya"Sampuk Qarizh menahan amarah. Lantas Iman menarik lengan Qarizh.
"Qarizh, tolong stop.. Aku nak balik"Iman memujuk Qarizh tetapi Qarizh hanya mengabaikan suara kecil itu.
Matanya masih tajam memandang Nek Piah yang sudah menunduk. Dia melepaskan nafas lemah dihadapan mereka.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...