Lagi seminggu Qaisara akan menjadi seorang isteri kepada Syed Ashry Adrian.
Dia belum setuju lagi tarikh perkahwinan itu memandangkan dia belum jumpa Ashry lagi.
Tetapi, kata bondanya. Ashry sendiri meminta tarikh itu, Jadi.. dia hanya mengikut.
Tipu lah kalau dia tak terasa hati dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat busy sehingga lupakan dia.
Hari ini, Dia ingin keluar bersama rakan bodohnya. Ayden.
Iman dari awal pagi jadi pembantu tak berbayar Permaisuri Inara. Mereka kalau gosip. Mengalahkan Makcik bawang.
Semua orang busy buat persiapan kahwin tapi dia busy buat masalah.
"Mana lah si mangkuk ayun ni. Lambat sangat, awat tah"Bebel Qaisara sambil berdiri menunggu ketibaan Ayden. Lembab.
Vroom!
BMW M4 muncul dari matanya. Qaisara melepaskan keluhan lemah. Orang lain ditunggu, orang lain dimuncul.
BMW m4 Milik Ashry parking tepat pada tempat Qaisara berdiri.
Cermin tingkap Kereta itu diturunkan oleh Ashry.
"Masuk"Arah Ashry mendatar. Qaisara menjuling matanya keatas sebelum berjalan masuk kedalam kereta itu.
Bau muskilin dalam kereta itu menusuk hidungnya. Wanginya.
Vroom!
Laju sahaja kereta itu keluar dari perkarangan Istana.
Dah seminggu lebih menghilang. Baru sekarang nak muncul? Dasar lelaki.
Suasana dalam kereta hanya sepi. Qaisara lebih berminat memandang pemandangan luar dari memandang Ashry.
Ting!
Ayden 🐊
I tak jadi keluar pagi ni. Ada meeting dengan abang you kejap lagi.
Qaisara mencebik. Dia hanya bluetick lelaki itu.
Ting!
But.. I ada book wayang untuk malam ni.
Kita tengok Dr. Strange okey, dear?Qaisara tersengih. Ini yang dia suka.
Okay.
"Siapa mesej kau?"Tanya Ashry yang masih fokus memandang hadapan.
"Ayden"Qaisara menjawab sepatah.
Ashry hanya diam. Lelaki tu tahu, Qaisara terasa dengannya. Seminggu dia menghilang dan harini baru dia muncul.
Kring! Kring!
Iphone 11 milik Ashry berbunyi. Dia menjawab melalui screen kereta.
" Hello Ashry, Hah.. kamu dah turun private jet belum?"Soal Puan Zahra. Qaisara hanya diam mendengar.
"Dah umi R-.."
"Habis tu asal tak balik terus? Umi tunggu lama tau"Suara Puan Zahra seakan merajuk dengan anaknya.
"Ashry on the way ni mi, Tadi ry singgah ambil Qaisara k-.."
Qaisara berpaling memandang Ashry
"Menantu Umi datang? Alamak, Umi tak buat apa-apa hidangan kesukaan dia. Kamu pun satu, Kenapa tak bagitahu awal-awal yang dia datang s-.."
"Umi, relax."Sampuk Ashry yang masih fokus memandu.
"Macam mana Umi nak relax. Dia bakal menantu kesayangan umi" Qaisara melepaskan tawa kecil apabila mendengar gelagat Puan Zahra.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasíaPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...