Vroom!
Kereta yang dipandu oleh Qarizh laju masuk dalam perkarangan Istana. Matanya membulat apabila melihat keadaan Istana.
Dadanya mula berdebar kuat.
Qaisara. Bonda. Iman. Mikayla.
"Cepat sikit woi!"Kata Qarizh menendang seat Imran yang sedang memandu.
"Sabar babi"
"Macam mana aku nak sabar?! Keluarga aku dalam tu!"Kata Qarizh mendatar.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Tiba-tiba ada beberapa pihak lawan melepaskan tembakan kepada mereka.
"Shit! Dia orang datang dari mana!"Kata Ayden sambil mengambil senjatanya. Dia juga membalas tembakan.
Bang! Bang! Bang! Bang!
Vroom! Dengan serentak, Kenderaan berhenti mengejut hadapan pintu utama istana.
Ramai pihak lawan yang muncul dari arah hutan.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Team Alpha terus mengambil tindakan untuk membunuh satu per satu musuh mereka.
"Aku check dalam"Kata Qarizh laju sebelum berlari masuk dalam istana. Ashry juga berlari mengikut langkah.
Qarizh dan Ashry tergamam melihat keadaan dalam Istana. Sangatlah huru-hara. Apa dah jadi?
Mata mereka memandang mayat-mayat di atas lantai itu. Darah pula bersepah disekitar Istana.
"Aku rasa mereka selamat"Kata Qarizh dingin memandang sekeliling. Ashry pula hanya diam memandang.
Tengok sahaja situasi. Kalau mayat musuh yang terbaring kaku diatas lantai itu. Kerja siapa lagi?
"Alright girls, We're here! come out now"Qarizh berkata dengan ceria.
"Sara!
"Mikayla!"
"Iman!"
Satu per satu nama anak muda dipanggil olehnya. Memanggil untuk mereka keluar.
Dahi Qarizh berkerut kecil. Diam je.
"Bondaa!"Lagi berkerut dahi Qarizh.
"Apa bonda pun nak main sorok-sorok ke?"Ujar Qarizh perlahan. Matanya berkeliaran mencari para wanita itu.
"Ada tak, Ry?"Soal Qarizh apabila melihat Ashry baru keluar dari dapur. Ashry hanya mengeleng.
"Tak apa lah, Kau try check bilik bibik. Aku naik atas"Kata Qarizh sambil melangkah ke arah tangga. Ashry hanya mengikut tanpa banyak kata.
"Woi korang, aku dah sampai ni, Keluar lah!"Kata Qarizh lagi. Matanya melilau mencari mereka sambil menaiki tangga.
"Takmo la mai-.."Qarizh berhenti bercakap apabila terpandang tubuh seseorang yang terbaring kaku.
Qarizh tergamam..
Dia sangat kenal tubuh itu.
"B-bonda?"Ujar Qarizh perlahan. Matanya mula berkaca. Dia mengeleng perlahan berkali-kali agar anggapannya adalah salah. Air liur ditelan kesat.
Qarizh melangkah perlahan-lahan menghampiri tubuh yang membelakanginya itu. Hatinya berkecai melihat tubuh itu. Dia masih berharap agar tubuh itu bukan permaisuri Inara.
"Allah, Bonda!"Terus Qarizh jatuh melutut sebaik sahaja melihat wajah Permaisuri Inara.
Air matanya jatuh laju mengalir ke pipi.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEVRE
FantasiPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...