BAB 19

3.1K 270 27
                                    

Hari ini adalah genap 5 Hari mereka berada di kampung halaman Iman.

Semakin hari itu hampir, Semakin sedih untuk mereka meninggalkan tempat itu.

Hari dimana mereka perlu pulang ke Istana kembali.

Iman pula masih mahu tinggal di kampung halaman itu. Baginya, Harta rumah ini sangat ternilai.

Tukar lah dengan sejumlah wang yang banyak. Dia tetap takkan lepaskan kerana dalam rumah itu...

..Banyak kenangan dia bersama keluarga tercintanya.

Qaisara memeluk tubuh Iman dengan erat.

"Jaga diri kau baik-baik. Kalau ada apa-apa, Terus call aku. Jangan berdiam"Ujar Qaisara sayu sambil memeluk Iman dengan erat.

Iman tersenyum nipis sambil membalas pelukkan. Dia menepuk belakang Qaisara dengan perlahan.

"Ya, Qaisara. Aku akan jaga diri aku baik-baik. Jangan risau"Balas Iman lembut.

Mereka meleraikan pelukkan. Berat hati untuk Qaisara melepaskan Iman seorang diri.

"Ingat, Kau ada kami"Kata Qaisara tegas. Iman tertawa kecil. Dia mengangguk laju.

"Aku sentiasa ingat, Sara"

Qaireen tersenyum dengan persahabatan Qaisara dan Iman. Sangat comel.

Iman menyalam tangan Qaireen sebelum Qaireen memeluk tubuhnya.

"Akak balik dulu ya, Jaga diri. Nanti kita gosip lagi okay?"Kata Qaireen dengan senyuman manis. Dia tertawa apabila Iman tertawa.

"Baik kak"

Qarizh , Imran dan Ashry sibuk memeriksa kereta yang bakal di bawa jauh. Tak ada la jauh mana, 2 jam 30 minit sampai lah.

"Dear,"Panggil Ayden sambil mengeluarkan 1 alat teknologi yang tinggi. Kecil sahaja saiz nya tetapi memberi impak kepada mereka.

Ayden memberi kepada Iman. Tanpa banyak kata, Iman menyambut dengan dahi yang berkerut.

"If anything happens, Just press on this button and there will be help from us"Terang Ayden dengan mendatar. Matanya memandang Iman yang sedang mengangguk faham.

"Thank you, Ayden."

"No need to thanks me, Berterima kasih la pada Qarizh.."Kata Ayden memandang ke arah Qarizh yang sibuk memerhati enjin kereta Audi RS e-tron GT kepunyaannya.

"He asked me to give this for you"Ujar Ayden sambil berpaling memandang Iman.

Qaisara mula tersengih.

"Ada bau-bau nasi minyak lah!"Ujar Qaisara kuat. Qarizh hanya berpaling spontan. Kenapa kecoh-kecoh tu?

"Nasi minyak?"Tanya Imran yang bersebelahan Qarizh.

Pak!

"Jangan nak merepek"Ujar Iman menahan malu. Siot punya kawan.

Lagi suka Qaisara mengusik.

"Sudah, Jom kita gerak. Nanti lewat sampai"Kata Ashry dengan suara yang mendatar. Dia masuk kedalam kereta Bmw M4 miliknya.

"I pergi dulu, My dear. Take a good care on you"Ujar Ayden sangat lembut. Iman yang tersenyum manis hanya mengangguk.

Ayden berjalan menghampiri kereta Qarizh.

Qaireen pula sudah masuk kedalam Kereta milik Qarizh.

"Oi sara, Balik dengan Ashry. Kereta aku dah full"Ujar Qarizh selamba. Dia menutup pintu keretanya tanpa mendengar balasan Qaisara.

MEVREWhere stories live. Discover now