"Aku dah kata..Ashry akan marahkan aku"Ujar Imran menyapu bibirnya perlahan. Bibirnya pecah disebabkan tumbukan padu dari Ashry.
Qaisara hanya diam memandang di luar jendela.
"Apa kita nak buat ni?"Soal Iman kepada Imran dan Qaisara. Imran dari awal lagi dah mengeleng tidak tahu.
Diam.
Ting!
Notifications dari telefon Imran berbunyi. Imran mengeluarkan telefonnya sebelum membaca ayat mesej tersebut. Wajahnya berkerut.
"Dia memang nak Iman cepat lah.."Ujar Imran sambil memberi telefonnya kepada Iman. Iman menyambut.
"Apa yang dia kata?"Soal Qaisara tanpa memandang mereka.
"Bawa perempuan tu datang dekat aku esok malam ni.."Iman membaca. Qaisara berpaling memandang Iman dan Imran.
"Ikut plan dia man..Jangan biarkan dia tahu semua ni rancangan aku. Aku cuma nak dia percayakan kau, Kalau dia percaya kau.. kerja aku lagi mudah"Kata Qaisara dingin kepada Imran. Imran mengangguk lemah.
"Kita paksa dia keluar dari Mevre esok malam juga."Ujar Qaisara dingin. Imran mengeluh lemah.
"Kalau kita tak berjaya?"Soal Imran negative.
Qaisara mengeleng perlahan.
"Rancangan ni akan berjaya walaupun apa pun terjadi."Dia dah bertekad.
"Hal Qarizh dan Ayden bagi aku dan Iman settle. Kau settle Ashry saja.."Ujar Iman. Imran mengangguk laju.
Sesungguhnya, Imran mengharapkan pengakhiran dengan cepat. Dia dah tak sanggup kerja dengan Qaisara lagi. Qaisara sangat menakutkan dari Ashry.
Qaisara mengangguk perlahan.
Perkara itu mungkin akan jadi beban Qaisara memandangkan Ashry mula berjalan sendiri.
Qaisara mengeluh lemah. Salah dia juga.
***********
"Plan Qaisara?"Soal Qarizh dingin. Matanya memandang tajam kearah Iman dan juga Imran.Rambut Qarizh serabut dan tidak berbaju. Iman dan Imran berjaya buatkan dia terjaga dari tidur.
Baru sahaja Qarizh mahu terlelap, Dia mendengar bunyi ketukan kuat pada pintu balkoni.
Hampir terkeluar jantungnya apabila melihat pocong berdiri tegak dihadapan pintu itu. Ya! Itu Imran!
Gila!
Ada ke patut menyamar jadi pocong? Kalau dia ada sakit jantung, tak ke arwah dah tadi?
Iman hanya mengangguk laju. Untuk pertama kalinya, Dia seludup masuk dalam bilik tidur Qarizh dengan secara haram. Semuanya rancangan Imran.
"Kenapa dia tak bagitahu dekat aku dari awal?"Tanya Qarizh meraup rambutnya kebelakang.
"Sebab kau takkan percayakan dia.."Balas Imran memandang Qarizh.
Qarizh mengetap rahangnya apabila melihat wajah Imran yang penuh dengan bedak. Dah la berpakaian pocong. Macam mana dia panjat naik atas balkoni tu?
"Dia adik aku, Imran.. Mestilah aku percayakan dia."Kata Qarizh tak puas hati.
"Jadi, Kau percaya tak kalau Qaisara bagitahu yang Tuan Muqri adalah perisik dalam Mevre?"Soal Iman pula. Dahi Qarizh berkerut.
"Apa yang kau mengarut ni?"
"Tengok tu? Sebab tu lah, Qaisara tak bagitahu kau dulu"Bidas Imran dingin. Qarizh terdiam.
'Tuan Muqri perisik?'Desis hati Qarizh.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...