BAB 75 ( ENDING!)

3.1K 226 14
                                    

Ashry berlari laju mendekati sekumpulan musuh tersebut lalu membaling kuat bom mininya kepada mereka.

Bom!

"Arghh!"Ramai terpelanting disebabkan bom mini milik Ashry. Asap keluar berkepuk membuatkan Mevre ambil kesempatan untuk bersedia.

Buk!

Ayden jatuh melutut apabila lututnya disepak oleh musuh. Baru sahaja musuh itu mahu menendang wajahnya. Dia mengelak seraya memegang kaki lelaki itu

"Wow bro, how are you?"Soal Ayden seakan ajak beborak. Musuh itu mengabaikan soalan Ayden sebaliknya mahu menyepak wajah Ayden dengan kuat.

Ayden menahan kuat kaki lelaki tu.

"Heh.."keluh Ayden sebelum memusingkan kaki musuh dengan kuat.

Krak! Bunyi tulang kaki patah.

"Argh!"Jerit lelaki itu sebelum dia ditolak oleh Ayden tanpa belas kasihan.

"Ajak berborak pun sombong, puih"Ludah Ayden kejam ke arah kepala lelaki itu. Baru sahaja dia mahu berjalan melepasi lelaki itu tiba-tiba kakinya tersadung dengan tangan musuh yang memegang erat kakinya.

Buk!

Ayden jatuh seperti nangka busuk.

"Aduh! Sakitlah setan!"Kata Ayden sambil menendang kuat di bahagian muka musuh.

Krak!

Kepala lelaki itu terkulai dengan tubuh yang kaku. Ayden berpaling..

"Oh dah mati?"Soal Ayden tanpa diduga. Dia tak merancangkan kematian lelaki itu dengan sekali tendang je.

"Ayden, Tolong Ashry naik"Arah Qayyim yang sedang bergelut dengan beberapa orang yang datang dengan serentak untuk menyerangnya.

"Habis tu kau?"Soal Ayden melihat struggle nya Qayyim untuk berlawan. Matanya terpandang pisau yang berada berdekatannya.

"Jangan risaukan aku, Aku masih pandai jaga diri sendiri"Kata Qayyim sambil menolak tubuh musuh itu sehingga tersandar pada dinding.

Buk!

Kakinya diangkat tinggi sebelum berpusing menyepak wajah lelaki itu. Lelaki itu jatuh pengsan!

"Argh!"Musuh menyerang hendap dibelakang Qayyim. Tangannya pula memegang besi tajam.

Tsuk!

Belum sempat Qayyim mengelak, lelaki itu tersentak sendiri dihadapan Qayyim.

Buk!

Lelaki itu jatuh terkulai diatas kaki Qayyim. Qayyim menolak kasar wajah lelaki itu menggunakan kaki. Matanya terpandang Ayden yang memegang beberapa bilah pisau.

"Kau sure?"Soal Ayden sebaik sahaja Qayyim memandangnya. Qayyim tersengih kecil.

"Dah lebih 10 minit.. Kau tak rasa ke, kita patut turun bawah?"Soal Rita kepada Mikayla dan Erique.

"Untuk apa? penatkan diri untuk lawan kumpulan tadi tu? Heh, Buang masa!"Balas Erique sambil memeluk tubuh. Dia menyandar tubuhnya sambil memejam mata.

Manakala Mikayla pula memandang sekeliling mereka. Ramai mayat-mayat yang terbaring kaku di atas lantai.

Sebaik sahaja Qaisara keluar, mereka melakukan serangan hendap kepada pihak musuh itu. Keadaan mereka juga agak barai.

"Kita patut pergi.."Kata Mikayla sambil bangun dari tempat duduk. Erique terus membuka matanya.

"Serius ah Mika.. Malas lah.."

MEVREWhere stories live. Discover now