Rose memotong beberapa sayur di atas papan pemotong. Wajahnya hanya tenang memerhati lauk lauk masakan tengah hari mereka.
Tap!
"Auch!"Desis Rose apabila terpotong sipi jaringnya. Darah mulai keluar dengan banyak. Dia berlari anak menghampiri singki. Dia membersihkan lukanya itu.
Matanya tidak focus pada jarinya sendiri sebaliknya focus pada luar tingkap.
Hatinya rasa tak tenteram. Akan ada satu musibah yang akan berlaku ka?
"Rose?"Rose tersedar.
Dia berpaling memandang Irvan.
"Ye bang?"
"Kenapa tu?"Matanya masih tajam memandang jari Rose. Rose memandang jarinya yang semakin banyak darah mengalir.
"Terpotong."Jawab Rose ringkas.
"Awak ni careless la."Kata Irvan berjalan mendekati Isterinya. Kotak first aid dicapai.
"Mari sini"Panggil Irvan menarik lengan Rose. Mereka duduk di kerusi meja makan.
Rose hanya diam memerhati tindakkan Irvan. Dia hanya membiar Irvan merawat jarinya manakala otaknya sekarang memikir sesuatu.
Beberapa minit kemudian,
"Dah siap"Irvan mengerling isterinya itu. Dahinya berkerut melihat raut wajah sungul si isteri.
"Rose, Awak ada masalah ke?"Rose tersentak lagi sekali. Matanya yang bulat itu hanya diam memandang Irvan. Kepalanya digeleng perlahan.
Rose melepaskan keluhan lemah.
"Saya rasa tak sedap hati"
"Tak sedap hati?"
Rose mengangguk perlahan dengan keluhan lemah.
"Perasaan awak je kut,"Kata Irvan mengusap kepala Rose. Dia tersenyum nipis melihat wajah gusar si Isteri.
19 Tahun hidup bersama, Dia cukup kenal Isterinya.
Pasti perkara yang berkaitan dengan Qaisara.
"Abang nak keluar kejap, Awak jaga rumah ya?"Kata Irvan sambil bangun dari tempat duduk. Rose mengangguk perlahan. Dia menyalam tangan suaminya.
"Kunci pintu. Abang keluar kejap je, Nanti kita makan sama-sama"
"Baik Abang.."
*************
"Aunty cakap macam tu ke, Uncle?"Soal Qaisara yang menahan rasa. Sejak Irvan menelefonnya, Dia tenang menjawab kesemua pertanyaan."Uncle minta maaf tak hadir hari pertabalan si rizh tu tau, Aunty kamu tak sihat"
"Tak apa la Uncle, Bonda dah bagitahu awal.. Kami senua ingat nak melawat Uncle dengan Aunty nanti."
"Datang lah. Kami berdua sentiasa tunggu Kamu"Kata Irvan dengan tenang. Dia turun dari kereta mercedeznya.
Matanya terkaku memandang keadaan rumah.
"Rose.."Bisik Irvan perlahan sebelum matanya terbuntam.
"Uncle?"Qaisara hairan mendengar panggilan perlahan Irvan itu.
Irvan berlari menerjah rumah mereka. Sudah pasti rumah berselerak.
"Rose!"Hampir terkeluar jantungnya apabila melihat Rose terbaring lemah diruangan tamu.
"Uncle kenapa?!"Qaisara pula bangun dari pembaringan. Dia menunggu balasan dari talian..
"Abang belakang!"
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...