"Iman seorang yang kuat. Tiada perkara serius jadi dekat dia, Cuma tulang belakang kaki Iman retak sikit."Ujar Nadia dengan senyuman manis. Dia memandang Sarah dan Aria dihadapannya.
"But It's okay, Kalau dia ikut apa yang Akak cakap tadi. Lusa okay la tu. But untuk sembuh sepenuhnya, makan masa 2 3 minggu."Sambung Nadia lagi. Sarah mengangguk faham.
"Pergh, Jatuh dua tingkat kut. Retak kaki je dia dapat. "Ujar Imran seakan tak percaya.
"Anggap saja aku ada tulang kuat"Ujar Iman yang ingin bangun. Aria menolong.
"Tak logik"Ujar Imran tak puas hati. Qarizh menjuling matanya keatas.
"Lantak kau la dik"Kata Iman malas layan.
Padahal, Dia sempat capai tali banner dibawah tingkap dorm itu. Daya hentakkan jadi kurang sikit. Jadi dia tak akan ada risiko yang tinggi seperti pecah otak.
Sebabtu dia relax atas bumbung. Sakit hentakkan tu dah biasa tu. Dia Tentera. Dia pernah kena banyak benda berbahaya. Lagi teruk dari tingkat 5 ni.
"Okay la. Akak ada pesakit lain ni. Iman, Ingat pesan akak tau. Akak pergi dulu ya"Kata Nadia sopan meminta diri.
Ashry, Qarizh, Imran, Ayden, Sarah, Aria dan Iman hanya mengangguk memandang langkah Nadia berjalan tinggalkan mereka.
"Okay now, tell me.. What is going on?"Kata Ashry dingin.
Matanya tajam memandang Qarizh, Imran dan Ayden. Kemudian berpaling pula memandang Sarah , Aria dan Iman.
"Aku tinggalkan kau orang seminggu saja.. Tapi apa yang dah jadi dekat sini?.."
"Tingkap dorm pecah?"
"Nak terjun dari tingkap tu ke?"
"..Dan ada pergaduhan?"
Ashry menyoal dengan nada yang dingin. Wajahnya beku memandang Mereka semua.
"Well, My Bad."Balas Ayden selamba. Matanya memandang Ashry dengan tenang.
"Jangan cakap dengan aku, Kau letak Aria dan Iman duduk sekali dengan Kadet Mevre?"
"Kau bijak Ashry"
"Patutlah"Balas Qarizh dan Ashry. Tak hairan la ada pergaduhan tadi. Mevre memang bencikan Helfer.
"Patutlah ada monyet jatuh atas bumbung tadi"Ujar Imran dingin. Iman mengetapkan giginya menahan geram. Aku kang jantan ni. Cepuk kau, mampus jakgi.
"Macam mana 3 orang kadet tu?"
"Gantung"Kata Ayden tenang. Ashry mengangguk. perlahan.
"Bawa Iman dan Aria masuk bilik Sarah. Kita akan mulakan misi minggu depan. Aku nak malam ni kita prepare plan yang lengkap. "Ashry berkata luar dari topik.
"Awalnya"Komen Ayden. Qarizh mengeleng.
"Dah banyak kali kita tangguh semua ni"Qarizh berkata. Dia memeluk tubuhnya sambil berpaling memandang Ayden.
"Hm"
"Dah, Pergi balik sana. Aku kena train budak lepasni."Ujar Imran sambil bangun. Dia memandang Ayden yang tenang itu.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...