Keesokkan harinya.
Tentera Mevre dan Tentera Fenry berkumpul dekat tempat lapang. Mereka sekarang lengkap dengan pakaian tentera masing-masing.
"Tentera Haran akan tiba disana sebaik sahaja kita tiba, Lebih baik kita gerak sekarang"Kata Alvin dengan tenang.
"Baiklah, Alpha's Team! Get Ready!"Ujar Imran kuat memandang Team Mevre.
"Baik Tuan!"Jerit mereka semua. Kadet Fenry juga kelihatan ramai berkumpul berhampiran mereka.
Ada yang usha mereka. Maklumlah, Kesemuanya kacak-kacak belaka.
Qaisara selaku ketua Fenry menyelesaikan beberapa maklumat tentang misi tersebut sebelum laporan itu diberi pada Tuan Peter yang juga ada disitu.
Ashry juga ada bersebelahan isterinya bagi menyelesaikan maklumat Alpha's team.
"Both of you jaga diri, Uncle nak kau orang balik dengan selamat"Ujar Uncle Peter berkata apabila Qaisara mula mencium tangannya. Diikuti Ashry juga.
"InysAllah Uncle, Doakan kami"Ujar Qaisara dengan senyuman manis. Tuan Peter mengangguk laju sebelum kakinya langkah ke team yang lain.
Ashry memandang wajah Qaisara dengan tenang. Mereka perlu berpisah seketika.
Tangan Qaisara lembut menyentuh tangan Ashry sebelum tangan kasar Ashry dicium lembut oleh Qaisara.
Sebelah lagi tangan Ashry mengusap kepala Qaisara perlahan sebelum dahi Qaisara dicium lembut.
"Jaga diri"Mendatar sahaja suara Ashry berkata sebaik melepaskan ciuman di dahi. Qaisara mengangguk perlahan. Dia memeluk tubuh Ashry dengan manja.
"Hek eleh dua pengantin baru ni, nak manja-manja pula"Bising Qarizh menolak kepala adiknya yang sudah berada dalam dakapan Ashry.
"Ish! Kau ni sibuk la, pergi la peluk Iman sana"Balas Qaisara kembali.
"Aku tak dengar"Kata Iman sambil mengangkut senjata masuk ke dalam kenderaan. Qaisara mencebik.
Pelukkannya dileraikan.
"Sara gerak dulu"Ujar Qaisara sambil mencium tangan abangnya serta memeluk tubuh si abang itu.
"Hati-hati"Kata Qarizh perlahan. Tangannya mengosok kepala Qaisara.
Qaisara bertuah ada suami dan abang yang sentiasa menyayanginya.
Qaisara mengangguk sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka berdua.
"Alright Rose team!"Panggil Qaisara kuat.
"Ya Captain!"Jawab tentera Fenry dengan kuat.
"Kita akan gerak sekarang. Bersiap sedia dalam apa jua keadaan. Kita tak tahu, dari segi mana peperangan ini akan dimulakan."Kata Qaisara dingin. Matanya memandang kesemua ahli pasukannya.
"Baik Captain!"Mereka masuk kedalam kenderaan milik tentera Fenry. Qaisara berpaling memandang Mikayla. Mikayla mengangguk kepalanya perlahan sebelum sama-sama naik ke dalam kenderaan tentera itu.
Mikayla akan memandu manakala Qaisara menjadi penumpang sebelah.
Iman pula menjaga senjata yang dibawa untuk tenteranya.
Roda kenderaan Tentera Fenry berputar laju. Mereka menuju ke pintu keluar Fenry.
Qaisara membaca doa perjalanan dan doa meminta mereka semua selamat. Sesungguhnya, hatinya berasa tidak senang.
Kenderaan itu juga diikuti Tentera Mevre dibelakang.
Mereka akan memulakan misi bersama.
*******
"Mereka dah datang"Ujar seseorang lelaki dengan senyuman sinis. Matanya memandang tubuh batrisya yang sudah lemah itu.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...