BAB 43

2.4K 215 7
                                    

"Telah tiba masanya Waris Almarhum Tuanku Qashid menjadi seorang Raja di sebuah negara kita.."

Kelihatan Qarizh sangat dingin berdiri tegak menghadap orang ramai. Pakaian yang formal seorang Raja juga terhias segak pada tubuh kekarnya.

Mereka dah jalani pertabalan Qarizh beberapa minit yang lalu. Kini, hanya perasmian dari mulut pengacara untuk diberitahu kepada seluruh dunia.

Banyak Camera merakamkan suasana harini. Ada juga yang buat live.

"Kini...Tuanku Raja Qarizh adalah Raja sebenar di negara kita. Mevre diketuai lagi dengan Raja yang berkarisma, Sopan santun dan juga bertanggungjawab"

Tepukkan dari tetamu mula kedengaran kuat. Mereka bersorak gembira.

Manakala Qaisara dibelakang Qarizh hanga menahan tawa.

"Sopan santun konon"Bisik Qaisara dengan senyuman payah. Nak sahaja dia melepaskan tawa besar.

"Jangan gelak"Larang Ashry disebelah Qaisara. Lagi dilarang.. lagi tu dia susah untuk menahan tawa.

Tanpa Qaisara sedar. Microphone sudah berada di tangan Qarizh.

"Ehem-eham.."

Hujung mata Qarizh hanya memandang sekilas orang dibelakang sebelum dia tersenyum memandang rakyat mereka.

"Assalamualaikum wahai rakyat jelata lagi bijaksana."

"Pada Hari ini, Hari dimana saya diangkat sebagai Raja negara ini. Saya juga ingin memperkenalkan seorang ahli keluarga saya..."

Kini mata mereka telahpun beralih memandang Qaisara.

"Dia ialah.."Qarizh berpaling memandang Qaisara. Matanya memandang Ashry.

Ashry mengangguk perlahan.

"Puteri Qaisara Abharina"

Qaisara tersedar. Matanya memandang Qarizh yang sudah tersenyum manis.

"Jalan depan"Bisik Ashry kepada Qaisara. Qaisara melangkah perlahan.

"..Puteri bongsu Almarhum Tuanku Raja Qashid. Puteri yang hilang 19 tahun dahulu"Sambung Qarizh sambil menyambut tubuh ramping Qaisara.

Ramai sorakkan yang diberi oleh para tetamu. kedengaran juga suara memuji. Ramai juga menitikkan air mata dengan kehadiran Qaisara.

Mereka juga terkesan dengan berita kehilangannya.

Qaisara seakan tergamam. Air matanya mula bertakung.

"Welcome back Qaisara"Ujar Qarizh dengan lembut. Qaisara berpaling memandang Qarizh. Matanya memandang raut wajah Qarizh yang ceria.

Tiba tiba mata Qarizh berubah tajam.

"Ashry.."Panggil Qarizh dingin

Tanpa sempat Qarizh ingin menghabiskan ayat, Tubuh Qaisara ditarik kuat oleh Ashry.

Bang!

"Ah!"Satu tembakan yang tersasar.

Walaupun Tembakan itu tersasar tapi tetap tembus pada bahagian bahu Qaisara.

Ramai tetamu menjerit terkejut.

"Perintahkan semua pengawal bawa tetamu keluar dan Tentera Mevre! Jaga ahli keluarga saya!"Arah Qarizh seraya tubuhnya melindungi tubuh Qaisara.

Qaisara tumbang dengan kerutan didahi.

"Bawa Qaisara keluar dari sini, Ry"Arah Qarizh dingin. Ashry membawa tanpa berkata. Dia mendukung isterinya sebelum dia berlari turun dari pentas belakang.

MEVREWhere stories live. Discover now