"Kita dah sampai ke destinasi, tuan puteri"Kata Edward dengan senyuman kacak.
"Geli"Komen Mikayla selamba. Dia berjalan melepasi Edward.
"Hek eleh, dengki"Balas Edward menyampah. Mikayla menjuling matanya ke atas.
"Saya hanya mampu hantar tuan puteri sampai disini sahaja,. Patik ada kerja yang perlu patik selesaikan"Ujar Edward dengan penuh bergaya.
"Dating dengan girlfriend lah tu"Sampuk Mikayla merosakkan keadaan. Dia sedang memeluk tubuh sambil matanya memandang kosong ke arah Edward.
Edward mengeleng laju.
"My queen"
"Wow, Sejak bila Edward dah berpunya??"Soal Iman teruja, tak percaya. My queen ek? Isterinya mungkin?
Edward tersenyum manis, Dia mengoyangkan tubuhnya kiri dan kanan seperti malu-malu kucing apabila diusik.
"Alaa, Sejak ha-.."
'My queen are calling you' Semua tergamam mendengar suara itu.
"Hello, Ed?!"Suara seorang wanita dengan kuat kedengaran dalam speaker jet itu.
"Woi siapa gi blueetooth phone aku?!"Kata Edward laju sambil pecut berlari tanpa menjawab soalan Iman. Suara ibunya kedengaran sangat kasar sekali.
Mesti kesalahan berat tu.
"Kamu dekat mana hah?! Apa yang lama sangat beli santan tu?!! kamu tahu tak ya-..."Marah suara perempuan tua itu terhenti tiba-tiba. Pasti Edward sudah mematikan bluetooth itu.
Suasana sangat sunyi selepas suara bebelan itu hilang.
Krik Krik Krik Krik
"Itu ibu dia ke?"Soal Mikayla yang tiba-tiba. Dia memandang ke arah Rose.
Rose mengangguk kecil sambil bibirnya dikemam. Dia sedang menahan tawa dari terlepas.
Iman pula sudahpun menunduk dengan bahu yang bergetar. Dia cuba untuk menahan tawanya sehabis mungkin.
"Maaf menganggu Captain. Tuan Erique sudah sampai"Sampuk Alex yang baru muncul itu. Qaisara berpaling.
"Mana?"
Alex melihat ke arah pintu jet. Bererti, Erique sudah berada di hadapan pintu jet itu. Qaisara mengangguk faham.
"Jom"Ajak Qaisara sepatah sebelum berjalan ke arah pintu jet.
"Ah ni yang aku tertanya-tanya. Bukannya haritu.. Si Erique ni beria ke benci dengan Sara? Kenapa harini tiba-tiba baik?"Soal Iman tak puas hati. Masih tak faham dengan situasi yang tengah berlaku ini.
Sudahlah si Erique tu tikam Qaisara haritu. Katanya dia benci Qaisara yang kononnya mengianati Helfer dan punca utama Aria mati.
Tiba-tiba harini lelaki itu berada di pihak mereka? Tak ke pelik tu?
"Kau kena tanya sendiri, Air liur aku dah habis"Jawab Mikayla selamba. Dia dah tahu segalanya hanya berdiam diri dan berjalan melepasi Iman sepertia tiada apa-apa yang berlaku.
Iman berdegus kasar.
Ayat Mikayla menyakinkan dia bahawa perempuan itu juga sudah tahu kebenaran. Bermaksud, hanya dia seorang sahaja tak tahu. Blur
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...