BAB 45

2.3K 207 22
                                    

Dengan rancangan Ashry. Mereka kini menyediakan beberapa senjata dan juga ahli tentera untuk menyelamatkan Irvan dan Rose.

Ashry telah berjaya memeriksa beberapa orang yang akan berada di dalam misi ini dengan bantuan Alvin.

Ashry juga berjaya membuat beberapa strategik rancangan untuk menjayakan misi ini bersama keselamatan tentera mereka juga.

Kini, Hanya tinggal untuk melaksanakan.

Qaisara dingin memeriksa senjatanya sebelum dia memakai jaket besi agar peluru tidak tertembus pada tubuhnya.

Dia mengikat rambutnya dengan gaya ekor kuda sebelum dia berjalan keluar dari bilik senjata itu.

Kakinya berhenti melangkah apabila Ashry muncul dari pintu. Ashry sudah lengkap dengan pemakaian tentera.

"Ry.."

Ashry diam berjalan melepasi Qaisara tanpa berpaling pada Qaisara. Wajahnya hanya tegang mengambil beberapa senjata kesukaannya.

Qaisara melepaskan keluhan lemah. Baru sahaja dia ingin mendekati Ashry. Iman memanggil Ashry.

"Ry, Senjata kau.. Aku dah tolong ambilkan. Eh Sara, Sini pun kau..Puas aku cari kau"Kata Iman sebaik masuk dalam bilik senjata itu.

"Ada apa kau cari aku?"Soal Qaisara dengan suara biasa. Dia memandang serius kearah Iman.

"Qarizh nak kau gerak awal. Aku akan ikut kau ya?"
Qaisara hanya mengangguk tanpa suara.

"Terima kasih man."Sampuk Ashry sebelum dia berjalan meninggalkan kedua perempuan itu.

Iman hanya mengangguk dengan senyuman. Hilang sahaja Ashry dari pandangan mereka. Qaisara melepaskan keluhan lemah.

"Ashry marahkan aku"

"Well, Apa nak kisah? Kau kan pandai bab bab ni"kata Iman menunju ke arah satu beg senjata. Dahi Qaisara berkerut.

"Bab bab apa?"Soal Qaisara tak faham.

"Mengoda?"

Puk!

"Aduh! Sakitlah!"

"Mengarut lagi"

"Apa nak mengarut? Dia suami kau isteri. Awatnya?"Soal Iman tak puas hati. Qaisara hanya menjeling tajam sambil berjalan keluar dari bilik tersebut.

Iman mencebik.

"Betullah? Apa salahnya nak mengoda. Dah jadi laki bini dah pun"Bebel Iman sorang-sorang. Dia menggalas beg tersebut sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

**********
Vroom!

Sebuah kenderaan memasuki pekarangan bangunan usang.

Qaisara dan Iman tergamam memandang suasana yang agak ramai sedang menunggu ketibaan mereka.

"Ramainyaa"Kata Iman menelan air liur kesat. Qaisara tersenyum pahit sambil memegang streng kereta.

"Kita ikut plan, Ry"Kata Qaisara mematikan kenderaan. Suis ditinggalkan sebelum mereka berdua turun dari kenderaan.

"Tuan! mereka dah sampai!"Soal seseorang lelaki berkata kuat. Dia mendekati Qaisara.

"Berapa orang!"Tanya kasar lelaki itu kepada Qaisara.
Qaisara berpaling kebelakang sebelum berpaling kembali memandang lelaki itu.

"Kau nampak aku datang berapa orang?"Soal Qaisara agak biadap. Lelaki itu mengetapkan giginya.

"Mereka berdua saja, Tuan"Kata lelaki itu dingin dengan walkie talkie.

MEVREWhere stories live. Discover now