"Kenapa kamu boleh terlepas pandang, Mikayla?!"Soal Tuan Peter tegas.
"Saya dah kata Tuan, Perempuan ni tak boleh jadi Captain pasukan elit! tapi tuan tak nak percaya.. Tengoklah berapa orang yang terkorban atas sebab kecuaian dia?"Sampuk Puan Sarina sambil memandang keji kearah Mikayla.
Entah bila keluar dari bilik hukuman.
"Bagi saya terangkan dulu Tuan, Sa-.."
"Tak ada apa lagi untuk kau terangkan! Kau dan team yang lain akan dikenakan hukuman yang setimpal!"Sampuk Puan Sarina lagi. Suaranya agak kuat.
Tuan Peter memandang Puan Sarina yang tengah amuk itu.
Mikayla terdiam.
Beberapa daripada orang atasan Mevre dan Haran juga turut ada disitu.
Syed Abbasy dan Tuan Irvan juga turut ada.
Mereka dipanggil kerana kes ini melibatkan beratus orang awam yang telahpun terkorban.
Tok Tok Tok.
"Masuk!"
Wajah Qaisara terpampang.
Qaisara hadir dengan pakaian formal. Wajah Qaisara tersangatlah dingin.
"Jangan Qaisara.."ujar Mikayla perlahan apabila melihat wajah Qaisara. Dia tahu tindakan Qaisara.
Tuan Peter juga berpaling memandang wajah Qaisara. Wajah itu hanya tenang.
"Maafkan saya kerana menganggu tugas Tuan.."Qaisara berdiri tegak menghadap Tuan Peter. Wajah Qaisara tenang sekali.
"..Saya Captain Qaisara Abharina selaku ketua kumpulan elit Fenry akan menerima segala hukuman yang diberi oleh orang atasan."Sambung Qaisara sopan sambil menunduk hormat kepada Tuan Peter.
Tuan Peter terkejut.
Qaisara turun padang untuk menganti tempat Mikayla?
Kenapa?
Wajah Qaisara hanyalah tenang.
"Qaisara.."Panggil Irvan mendatar.
"Kamu tahu bukan? hukuman untuk orang yang sengaja tinggalkan misi?"Soal Tuan Peter dingin memandang Qaisara.
Wajahnya mula beriak risau. Kenapa Qaisara sanggup menukar tempat dan menerima hukuman tersebut?
"Saya tahu, Tuan"Jawab tenang Qaisara buatkan Puan Sarina mengerutkan dahinya. Dia berasa tercabar apabila Qaisara seakan tidak kisah dengan hukuman yang bakal dia terima.
Puan Sarina memandang Tuan Peter yang risau itu. Pasti lelaki itu nak batalkan hukuman tersebut.
Tak adil!
"Tuan jangan terfikir untuk bersikap tidak adil dalam operasi ini, ya. Saya tahu dia adalah anak angkat Tuan tetapi kesalahan dia telah buatkan ramai orang terkesan dengan sikap Fenry"Tegur Puan Sarina dengan tegas. Matanya kembali berpaling memandang Qaisara dengan senyuman sinis.
"Diam, Sarina. Aku atau kau yang ketua sekarang ni hah?! Biar aku aturkan semuanya!"Marah Tuan Peter buatkan Puan Sarina merenung tajam.
"Tuan nak rosakkan nama baik Fenry ke? Tuan tahu kan? Salah tetap salah, Tak kisah la dia dari orang atasan sekali pun, Dia tetap perlu dihukum!Betul tak Qaisara?"Soal Puan Sarina dengan sinis.
Irvan mengetapkan rahangnya. Kenapa perempuan itu mahu mereka dihukum?
Qaisara menunduk kepalanya sambil tertawa perlahan. Bibirnya mula melakar senyuman sinis.
"Betul la tu, Puan Sarina.."
"...Tapi Sekurang-kurangnya, Dengarlah dulu penjelasan dia sebelum nak jatuhkan hukuman"Ujar Qaisara memandang Puan Sarina dengan mata yang tajam. Puan Sarina terkejut.
YOU ARE READING
MEVRE
FantasyPeristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang b...