BAB 56

2.4K 206 4
                                    

"Bonda nak minggu ni kita pergi merisik Iman.."Ujar Permaisuri Inara menerjah bilik tidur si Qarizh.

Kelihatan Qarizh yang masih mamai. Dia dikejut oleh bondanya pada pukul 12 tengah malam!

Dia diam dan hanya duduk diatas katil sambil matanya berusaha mencelik memandang ibunya yang masih berleter. Ya, satu apa pun dia tak dengar.

Qarizh mengusap lengannya yang terdedah itu, Dia juga tidur tanpa berbaju. Dia sabar menunggu ucapan ibunya habis sehinggakan matanya hampir terlelap kembali.

"Qarizh! dengar tak apa yang bonda kata tadi?"Soal Permaisuri Inara sambil mencengkak pinggang.

"Huh?"Sambil kepalanya mengeleng tanpa sedar.

"Ya Allah, Qarizhhhh... Bonda bukan main berleter panjang dengan kamu tau tadi. Takkan satu pun kamu tak dengar apa yang bonda cakap?"

lagi sekali, Qarizh mengeleng perlahan. Matanya kuyu memandang si ibu.

"Bonda... Can we talk about this tomorrow? Qarizh mengantuk sangat dah ni"Rungut Qarizh sambil mengaru pipinya perlahan.

"No.. esok kamu mesti bagi banyak alasan. Lagipun, Benda ni tak boleh lambat-lambat la, Qarizh. Nanti Iman dilamar orang lain macam mana? Kang kamu dah melepas tu?"Ujar Permaisuri Inara seakan peluru. Laju sahaja percakapannya.

Qarizh mula bangun dari tempat duduknya. Dia memegang kedua bahu bondanya sebelum berjalan mengiringi dengan bondanya.

"Relax bonda, Rizh akan pastikan Iman akan jadi menantu bonda juga so don't worry. Now, you need to sleep and rest. I'm promise, tomorrow we'll discuss about this again."Kata Qarizh tenang.

"But b-.."

"Full stop, bonda. Come..Rizh hantar bonda pergi bilik"Pujuk Qarizh lembut. Permaisuri Inara dah masam muka. Mereka berjalan menuju ke arah bilik permaisuri Inara.

"Sampai hati Rizh halau bonda"Wajah permaisuri Inara cemburut. Qarizh tertawa perlahan.

"No laa bonda.. Rizh cuma nak teman bonda sampai ke bilik,  risau bonda takut nak balik bilik seorang"

Pap! Tampar permaisuri Inara dengan geram.

Lagi galak Qarizh ketawakan kepada permaisuri Inara.

"Kamu sama sahaja dengan arwah ayahanda kamu"Kata Permaisuri Inara tanpa sedar. Senyuman Qarizh nipis.

Jarang sekali Permaisuri Inara mahu bergurau tentang Almarhum Raja Qashid. Jelas bahawa, Bondanya merindui ayahandanya.

"Sebab Rizh anak dia bonda.. mestilah sama"Ujar Qarizh sambil mengeratkan lagi pelukan dibahu permaisuri Inara.

Permaisuri Inara hanya tersenyum manis.

Klak!

Salah satu pintu terbuka oleh seseorang. Permaisuri Inara dan juga Qarizh berpaling. Kelihatan Iman keluar dengan rambut yang dilepaskan panjang.

"Eh.."Terkejut Iman dibuatnya apabila buka-buka sahaja jelas wajah mereka berdua didepan pintu.

Dengan tubuh Qarizh yang terdedah. Terus mata Iman berpaling ke arah lain.

"Iman nak pergi mana?"Soal Permaisuri Inara ramah. Qarizh hanya diam disisi bondanya.

"Err..Iman nak pergi minum air kejap. Dahaga"Jawab Iman lembut. Permaisuri Inara hanya mengangguk. Matanya mengerling kearah Qarizh yang berubah dingin.

"Iman pergi dulu ya, bonda"Ujar Iman meminta diri.

"Yelaa, Nanti masuk tidur ya"Pesan Permaisuri Inara dengan lembut.

MEVREWhere stories live. Discover now