BAB 4

3.8K 339 27
                                    

Sudah 3 Hari Sarah di hospital milik Mevre ini.
Berita tentang kejadian Parti itu sudahpun viral diseluruh dunia.

Berita itu berjaya mendapat perhatian di seluruh dunia. Sarah tahu. Pakciknya , Arvan pasti bersedih dengan berita pemergiannya.

Dia tak bermaksud untuk menipukan kematiannya. Dia ada sebab kenapa dia lakukan semua ni.

Kesihatan Sarah semakin baik. Dia juga dilayan baik oleh orang-orang disini.

Tambahan pula, Nadia sebagai seorang doktor pakar disini, sanggup bertukar pesakit semata-mata mahu menjaga dirinya. Katanya terhutang budi terhadap dirinya.

Sarah melihat pemandangan luar hospital itu. Jam telah menunjuk pukul 1 pagi tetapi bandar itu masih lagi sibuk. Macam-macam juga dia memikir.

Sarah mengeluh perlahan.

"Kenapa you tak tidur lagi? "Soal Ayden tiba-tiba.

Terangkat bahu Sarah dek terkejut dengan kehadiran suara itu. Dia berpaling memandang Ayden yang sudahpun duduk bersebelahannya.

"Aish kau ni, buat aku terkejut je"Marah Sarah kepada Ayden. Ayden tertawa.

"You fikir apa?"Tanya Ayden mahu mengorek rahsia.

Sarah mengecilkan matanya memandang Ayden yang menyibuk itu. Ayden juga memandang Sarah.

"What? I'm just asking."Sarah hanya tersenyum mendengar balasan Ayden.

"Tengah fikirkan family aku" Kata Sarah jujur. Ayden mengangguk faham.

"So, kenapa you tak call je family you? Kalau you tak ada phone, I boleh pinjamkan untuk you"Tawar Ayden dengan nada yang lembut. Sarah memandang Ayden dengan teruja.

"Boleh ke?"Tanya Sarah seakan teruja. Ayden mengangguk dengan tersenyum manis.

"Who said you can't call your family, dear. Walaupun you kena paksa buat misi darurat ni, But we're still tak halang you untuk call mereka. Kami tak sejahat itu"Terang Ayden dengan panjang.

Sarah hanya mengangguk dengan senyuman manis. Kelihatan Lesung pipit terbentuk. Ayden terpesona.

Kemudian Ayden kelihatan sangat teruja melihat wajah Sarah yang sedang tersenyum lebar itu.

"Oh dear, You tahu tak yang you ni cantik? Ni kalau you senyum dekat tiga ekor tu, dia orang pun terkaku macam I"Puji Ayden selamba memetik nama semua kawannya.

Sarah melepaskan tawanya. Terhibur dengan wajah selamba Ayden.

"Kalau aku selalu senyum macam ni, Orang takkan fikir yang aku ni anggota tentera."Balas Sarah tenang. Ayden mengangguk setuju.

"Kenapa you masuk tentera? You tak takut ke, muka you jadi hodoh? Berparut nanti? Nanti tak de siapa nak you .. hahh jadi andartu" Ujar Ayden menakutkan Sarah. Sarah hanya tersenyum sebelum membalas..

"Aku ada sebab tersendiri. Satu impian yang sangat susah aku nak capai. Kalau aku takut muka aku hodoh, kenapa aku perlu masuk tentera..right?"Sarah berpaling memandang Ayden.

"..Jodoh, ajal pertemuan semuanya ditangan Allah. Kalau takdir aku jadi andartu, aku tak kisah pun"Sambung Sarah dengan tenang. Dia kembali memandang ke luar tingkap hospital itu.

Ayden mengangguk kagum dengan balasan Sarah.

"Then, I should wish you goodluck! I tahu you boleh capai impian you tu."Ayden memberi semangat. Sarah tersenyum mengangguk.

"Oh lupa pula I, You nak call family you right?"Tanya Ayden sambil berdiri. Dia memandang sekilas Sarah yang mengangguk itu. Tangannya menyeluk poket sebelum mencapai Iphone untuk dibawa keluar.

MEVREWhere stories live. Discover now