BAB 33

3K 273 17
                                    

Buk!

"Kenapa kau degil ikut arahan aku, Mikayla! Kau ni bawa bala betul! Kenapa perlu ingkar arahan aku?!"Soal Puan Sarina sambil menolak kasar tubuh Mikayla bersandar pada dinding.

Mikayla hanya berdiam dengan serangan orang atasannya.

Sebaik sahaja sampai. Dia dihentam teruk oleh Puan Sarina.

"Puan.." Rita cuba untuk menarik tubuh Puan Sarina menjauhi Mikayla tetapi ditepis kasar oleh Puan Sarina.

"Kau kalau nak mati! Mati seorang diri, Jangan bawa ahli pasukan kau ni pergi sekali lah!"

Pang!

Terletang pipi Mikayla sebaik sahaja tamparan kuat itu terkena pada pipinya. Wajah Puan Sarina sangat berpuas hati.

"Kau tak layak untuk jadi kapten dalan team! Kau nak tunggu semua orang mati disebabkan kau ke baru nak ikut arahan aku!?"

"..Entah-entah mak kau mati pun disebabkan perangai tak guna kau ni kan?!"Sambung Puan Sarina buatkan Mikayla mula memandang Puan Sarina dengan tajam.

"Ya Allah, Puan Sarina!"Jerit Rita kuat. Tangannya menolak kasar bahu Puan Sarina.

Buk! Puan Sarina bersandar pada dinding selepas ditolak kasar oleh Rita.

"Puan sedar tak yang puan dah melampau?! Puan tak ada hak nak kata semua benda tu! Apa Puan dah tak ada agama ke sampai tak terima takdir Allah?!"Kini Rita bersuara lantang untuk menyedarkan Puan Sarina.

Akan tetapi Puan Sarina hanya menjegilkan matanya memandang Rita. Hatinya panas apabila Rita membela Mikayla.

"Kau tinggikan suara kau dekat aku?"Suara Puan Sarina mendatar. Wajahnya sangat marah memandang Rita. Dia berjalan setapak mendekati Rita.

"Hey.."Kepala Rita ditunjal kasar oleh Puan Sarina.

"Kau siapa nak tinggikan suara kau dekat aku? Mana hormat kau dekat aku? Aku ni orang atasan kau, Rita?"Soal Puan Sarina dengan senyuman sinis.

"Layak ke kami hormat puan?"Tanya Mikayla dengan nada yang dingin. Matanya mula tajam memandang Puan Sarina.

Apabila Isu keluarganya dibangkit serta dihina oleh Puan Sarina. Pasti sahaja mulut Mikayla berani membalas. Disebabkan itu juga, Mikayla selalu masuk ke dalam bilik tahanan Fenry.

Puan Sarina berpaling laju memandang Mikayla dengan wajah pura-pura terkejut.

Pap! Pap! Pap!

"Wow! Boleh pula kau bersuara?!"Puan Sarina sengaja menepukkan tangannya dengan wajah yang masih pura-pura terkejut. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Hey bala.."

Puan Sarina mendekati wajahnya ke arah Mikayka sebelum berkata...

"Kau jaga mulut kau ya, Mikayla. Aku ni bos kau tau..kalau tak ma-.."

"Kalau tak apa, Puan?"Sampuk Qaisara tiba-tiba. Dia keluar disebalik dinding itu bersama Ayden disebelahnya. Ayden selalu menemani Qaisara.

Qaisara tersenyum lebar berjalan mendekati Puan Sarina.

Sebenarnya, Dia sudahpun terdengar semuanya.

Mereka yang pada awalnya mahu turun membeli makanan terhenti apabila mendengar pergaduhan tersebut. Tak sangka tengok drama percuma depan mata.

Puan Sarina kelihatan terkejut dengan kehadiran dua tentera Mevre. Reputasi dia mungkin akan jatuh memandangkan dua tentera itu dari tentera elit Mevre.

"Eh, Sara.. Buat apa malam-malam dekat sini? Sepatutnya sekarang ni, kamu berada di dorm tetamu"Puan Sarina memaniskan muka dengan menyoalkan soalan.

"Saja, Niat nak beli makanan dekat bawah tadi.. tapi tiba-tiba nampak kes ugutan depan mata?"Sindir Qaisara tenang. Puan Sarina seperti mati katak apabila mendengar sindiran Qaisara.

MEVREWhere stories live. Discover now