BAB 29

3K 276 15
                                    

Sudah 3 Hari Qaisara bergelar sebagai seorang isteri.
3 Hari juga suasana istana, dipenuh dengan kehadiran orang ramai.

Hari pertama, Akad nikah.
Hari kedua, Hari persandingan.
Hari ketiga, Hari kesyukuran bersama keluarga yang terdekat.

Sungguh memenatkan.

Masih banyak kerja yang mereka perlu selesaikan bersama.

Tetapi.. Walaupun mereka merasa penat, Mereka tetap bergembira.

Kerana..

Hanya Masa ini lah mereka dapat berkumpul sekali. dapat mengeratkan hubungan silaturahim...

..Bersama ahli keluarga,
adik beradik yang berdekatan..
dan rakyat yang dihargai sekalian.

Qaisara mengeliat sebaik bangun dari tempat tidurnya. Rambutnya yang panjang dilepaskan.

Harini dia boleh bangun lewat. Matanya memandang sebelah kirinya. Kosong?

Mana orang tua ni pergi?

Jam sudah menunjuk pukul 8 pagi.

Sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat subuh. Qaisara terus terlelap apabila kepalanya dijatuhkan pada bantal empuk miliknya.

Klak!

Kelihatan tubuh Ashry berpeluh. Wajahnya pula merah.

"Kau pergi joging tak ajak"Cebik Qaisara menjeling Ashry. Ashry hanya memandang sepi.

"Kau yang kata tak nak"Balas Ashry dingin mencapai tuala miliknya.

"Aku cakap tak nak ke?"Bisik Qaisara perlahan. Dia bersila di atas katil. Dahinya berkerut.

Ada ke?

"Daripada kau fikir benda yang dah lepas, Baik kau turun bawah lepak dengan Iman. Iman nak balik kampung kejap lagi"Sampuk Ashry yang berjalan menuju ke bilik mandi. Nak mandi.

Mata Qaisara membulat. Betul gak!

Terus dia bangun mencapai getah rambut sebelum keluar dari bilik itu. Nak lepak lu.

************

"Iman, Kamu sure tak nak duduk sini? Aunty Inara sendiri yang ajak kamu tapi kamu yang tolak"Soal Rose sambil memberi pinggan berisi nasi goreng kepada suaminya, Irvan.

Qaireen sudah pulang ke kampusnya semalam. Sebaik sahaja majlis kesyukuran itu selesai. Terus sahaja dia pulang ke kampus.

Takut jem katanya.

Permaisuri Inara mengangguk setuju. Wajah Iman dipandang.

Mereka risaukan Iman yang tinggal seorang diri.

Iman hanya mengeleng dengan senyuman nipis dibibir.

"Iman tak nak tinggalkan rumah pusaka ibu dan ayah. Iman juga hargai aunty ajak Iman tinggal sini. Mungkin lain hari?"Jawab Iman dengan lembut.

"Kalau macam tu, baiklah. Aunty ikut aja keputusan kamu. Tapi, kalau ada masalah apa-apa. Tolong cepat-cepat bagitahu Qaisara ataupun Qarizh ya"Wajah permaisuri Inara risau memberi nasihat. Iman mengangguk.

"Baik aunty. Jangan risau laa, Iman juga tentera macam Qaisara."Ujar Iman dengan sengihan. Permaisuri Inara dan Rose tertawa. Irvan juga tersenyum nipis

"Lupa pula Uncle yang kamu tentera. Perangai kamu lembut daripada Qaisara. Budak tu mesti ada je masalah yang dia nak buat"Selamba Irvan memuji Iman sebaik nampak Qaisara yang baru turun itu.

Qaisara mencebik. Hek eleh orang tua ni.

"Entah uncle! Budak ni kalau masalah dunia, tobat diam-diam je. Bila dah kantoi, buat muka tak bersalah"Sampuk Qarizh juga yang baru muncul dari dapur. Tangannya mengosok kepala Qaisara sehinggakan rambut Qaisara serabut.

MEVREWhere stories live. Discover now