BAB 4

6.7K 432 1
                                    

"ARGHH!"Adry menjerit kesakitan apabila badannya dilibas oleh rantai besi. Kedua tangan nya diikat.

"Kau dah silap masuk sangkar Adry"Samar samar saja Adry melihat ke arah suara tersebut. Seluruh tubuhnya sakit.

"A..apa s..salah Adry?"Soalnya dengan menahan sakit di badannya.

Zappp!.

Pinggang dilibas sekali lagi. Adry mengetap bibir menahan sakit. Jejaka tu hanya santai duduk di kerusi sambil melihat anak buahnya menyeksa gadis tu.

"Salah kau sebab kacau kerja aku. Jake"Jake melibas lagi dan lagi di badan Adry.

"Argh sakittt"Dia tidak mampu buat apa apa disebabkan kedua tangannya diikat. Dipandang wajah Louise yang tersenyum sinis ke arah nya.

"C.. cukup arghhh!"Diketap bibirnya dan menunduk. Louise bangun mendekati gadis tu. Dagu Adry ditolak ke atas untuk memandang nya.

"Selamat datang ke tempat penyeksaan, Adry"Dilepaskan dagu gadis tu dan dibuat isyarat pada Jake untuk melibas nya lagi.

Adry mengetap bibir menahan sakit yang berterusan sehinggalah rantai besi tu terkena di tepi dahi nya.

"Astaghfirullah maafkan saya"Jake berhenti melihas dan mendekati gadis tu yang sudah lemah.

"Siapa suruh kau berhenti hah jake?"Jake menoleh ke arah bossnya.

"Maafkan saya boss saya tak boleh"Digeleng kepalanya. Louise menoleh ke arah gadis tu dan dia terkejut apabila tepi dahi nya berdarah.

"Adryyyy!" Louise membuka rantai di kedua tangan gadis tu. Adry terduduk lemah dan matanya kabur sebelum semuanya tukar gelap.

"Adryy bangun adryy"Dikeluarkan sapu tangan dan ditekup tepi dahi Adry yang tidak henti henti mengalir kan darah.

Jake segera berlari keluar untuk mengambil first aid kit. Louise mencempung tubuh gadis itu ke katil.

Perlahan lahan mata dicelikkan memandang siling putih tu. Louise membuka pintu dan melangkah masuk. Dia mahu memegang tangan Adry tapi gadis tu menghalang.

Adry bangun perlahan lahan dengan gigi diketap kuat kerana sakit diseluruh badannya.

"Adry"Panggil Louise namun gadis tu hanya menunduk melihat lantai.

Rambut Adry diselitkan tepi telinga. Pipi tu dicium lembut.

"Sorry"Adry hanya diam saja. Dia nak balik. Dia tak mahu duduk dengan mamat psiko ni.

"KAU PEKAK KE HAH!"Adry terhinjut bahu dan segera dia berundur menjauhi Louise yang turun naik nafasnya.

Disembamkan mukanya di lutut kerana takut dengan Louise yang sedang marah.

"Sayang, sayang jangan takut. Abang tak buat apa apa pun"Dia merangkak naik ke atas katil. Tubuh Adry ditarik ke dalam pelukannya.

"A..adry mengantuk"dia mahu tidur supaya dapat melarikan diri dari Louise. Jejaka tu membaringkan nya dan dikemaskan bantal tu sedikit.

"Shh tidur oke?"Ditepuk tepuk bahu tu seakan mendodoikan bayi. Perlahan lahan mata Adry tertutup kerana mengantuk menguasai diri.

"Comel nya masa tidur"Senyuman manisnya terukir di bibir melihat wajah tenang gadis itu.

Kedua pipi gebu tersebut menjadi sasarannya untuk dicium. Direbahkan badannya di sebelah Adry. Tangan kanannya diletakkan di atas perut.

Lama kelamaan dia juga turut hanyut ke dalam mimpi.

Tepat jam 2 pagi. Adry membuka matanya dan ditoleh ke arah Louise yang nyenyak tidur. Di ambil keputusan untuk keluar dari situ.

Dilihat suasana disitu sunyi saja tambah lagi tiada bodyguard yang mengawal di pintu jadi mudahlah kerja dia mahu keluar.

Adry berlari dari perkarangan rumah Louise. Sempat dia membuat panggilan kepada anak buahnya. Apabila mereka sudah sampai, diatur langkah ke dalam kereta tersebut.

14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓ Where stories live. Discover now