BAB 26

5.7K 335 4
                                    

Louise menerjah masuk ke dalam rumah. Susuk tubuh tu dicari. Semasa di company tidak habis habis fikirkan tentang Adry.

"Adrysha?"Diatur langkah ke bilik. Dikuak perlahan pintu tersebut. Adry yang sedang tidur nyenyak tu dihampiri.

Dahi serta leher Adry disentuh. Kurang sedikit panasnya. Kerja nya disini sudah selesai jadi boleh lah dia bertolak balik besok lagipun bonda dan ayahda nya ada mahu bincangkan sesuatu seperti penting saja.

"Hm abang?"Louise tersentak dari lamunan nya dan memandang wajah putih bersih milik Adry.

"Ya sayang. Mcm mana? Dah okeyh sikit?"Dilabuhkan punggung nya di sebelah Adry. Tangan naik mengusap rambut tersebut.

"Rasa kuat sikit dah. Abang baru balik ke?"Louise mengukir senyuman dan mengangguk.

"Abang nak mandi dulu."Dicium dahi Adry dan keluar dari bilik tersebut ke bilik sebelah.

"Besok kita bertolak balik ke Malaysia semula."Dahi gadis tu berlipat.

"Kerja abang dekat sini dah selesai ke?"Louise mengangguk sambil mengusap pipi gebu Adry.

"Nanti kita datang sini lagi abang bawa sayang jalan jalan dekat sini. Sayang kan demam jadi tak boleh keluar sangat sebab kat luar sejuk"Dicuit hidung mancung tu dengan senyuman manisnya.

"Eheh okeyhh"Louise mencium pipi Adry sebelum melangkah ke dapur untuk minum air.

Malaysia.

"Bye abang nanti kalau nak pergi London culik lah lagi"Louise mengetap bibir bila Adry menyindir.

"Dah pandai sindir orang?"Adry menjelir lidahnya sebelum keluar dari kereta Louise. Dilambai tangannya dan diatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Amacam seronok pergi London?"Adry terbatuk kecil dan mengeleng kepalanya.

"Aku demam duduk rumah jelah."Hana meletakkan belakang tapak tangan nya di dahi Adry tidak lah terlalu panas.

"Kau rehat lah dulu bagi lega demam kau tu. Esok kita kena sekolah kalau kau tak sihat lagi duduk lah rumah dulu"Tutur Hana. Adry mengeleng perlahan tanda tidak mahu duduk dirumah. Bosan dia. Kena tinggal sorang sorang dekat London pun kerja tidur ja.

"Aku nak pergi juga lagipun dah okeyh lah. Bosan duduk dirumah"Disandarkan badannya. Rivka dan Hana tergeleng kecil. Memang keras kepala.

"Bonda nak satukan kamu dengan anak kawan bonda. Kamu tu dah 20 tahun sampai bila nak membujang?"Louise meraup wajahnya. Menyesal dia datang ke sini kerana bonda dan ayahda nya mahu jodohkan dia dengan seseorang.

"Louise dah besar bonda ayahda. Louise boleh cari kebahagiaan Louise sendiri. Louise taknak terima perjodohan ni"Dia mengeleng tegas tanda tidak mahu.

"Betul Louise taknak? Tak boleh tarik balik kata kata tu kalau ayahda bagi tahu siapa yang kami nak satukan"Terjongket kening Louise.

"Louise takkan menyesal. Louise taknak!"Dikawal suaranya agar tidak meninggi.

"Taknak khawin dengan Adrysha?"

Zappp.

Nama itu buatkan dia terdiam. Oh shit dia menyesal kerana tidak bertanya siapa bakal isterinya.

"why don't you tell me early"Diketap giginya nya kuat dan mendengus kasar. Kalau dengan Adrysha dia bertambah mahu lah.

"Tak boleh tarik balik kata kata tu kan abang. Kan dan menyesal tuu biarkan nanti kita bagitahu Affan dengan Rasyadah"usik Tengku Earlyta. Tengku Luke turut menyokong. Membulat mata Louise.

"Bonda ayahda apa ni! Tak adil! Argh tak ada Louise nak khawin dengan Adry jugak!"Louise meraup wajahnya kasar. Bonda dan ayahda nya tergelak kecil.

"Nanti bonda dan ayahda bincang tentang perkahwinan kamu berdua. Adrysha masih belum tahu bakal suami dia."Louise yang mendengar tersenyum sinis.

"Don't tell her."jejaka tu segera bangun untuk keluar namun namanya dipanggil.

"Louise nak pergi mana?"Dia menoleh ke arah ayahdanya.

"Nak pergi culik Adry"Ternganga bonda dan ayahda nya. Louise keluar dari rumah tersebut.

"Anak awak lah tu"Ayahda cepat cepat berkata bergitu. Menajam mata Tengku Earlyta.

"Adry aku nak cakap sikit"Gadis tu memandang ke arah nya. Kening kanan Adry terjongket.

"Aku nak khawin dengan someone."

14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓ Where stories live. Discover now