BAB 27

5.4K 315 0
                                    

Adry yang mendengar apa yang jejaka tu katakan terdiam seketika. Hatinya tiba tiba menjadi sakit.

"Oh abang dah nak khawin? Bila? Jangan lupa jemput"Adry mengukir senyuman manisnya dan disiku perlahan lengan Louise.

Jejaka tu tersenyum ke arahnya. Buat apa aku nak jemput kau kalau kau bakal isteri aku.

"Mesti lah aku jemput kau. Wedding kemungkinan minggu depan maybe."Adry mengangguk faham.

"Diam diam dah nak khawinnn. Adry ja yang single menyingle lagi ni. Nampaknya kena cari seseorang lahh"Louise yang mendengar tu mengawal dirinya dari tidak meletus. Aih sayang, kang ada yang aku culik pergi Thailand nikah harini jugak.

"Ha tu ada eheh boleh lah ni kan kan"Louise menarik pinggang gadis tu rapat dengannya. Dilabuhkan dagu di atas bahu Adry.

"Jangan nk mengada. Aku ada dekat sini lagi ni"Mencebik bibir Adry. Louise mengengam jari jemari gadis itu.

"Kenapa nak pegang pulak. Louise kan dah nak khawin"Jejaka tu tergelak kecil.

"Biar lah aku nak pegang tangan kau pun" (cause you are my future wife) ayat terakhir hanya diungkapkan di dalam hati nya saja.

"Nak aiskrim"pinta nya. Louise menarik tangan gadis tu untuk membeli aiskrim.

"Eh jap"Louise menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah Adry. Disentuh dahi serta leher gadis tu sudah tidak panas. Disambung tarik semula.

"Makan pun comot" geram dia. jika Adry sudah sah untuknya tahu lah dia nak buli budak ni mcm mana. Dilap aiskrim yang terlekat di tepi bibir Adry.

Telefon Adry yang berada di atas meja bergetar menandakan panggilan masuk. Louise mengintai sedikit dan ternampaklah nama brother Adelio❤️.

"Ya abang kenapa?"Adry menjawab panggilan sambil menyuap aiskrim ke dalam mulut nya.

"Kami otw nak sampai Malaysia dah. Maaf sebab bagitahu last minit. Bonda dan ayahda lah ni tak sabar nak jumpa anak bongsu dia"

Tersedak Adry. Otw nak sampai sini?. Louise mengusap belakang Adry perlahan.

"Kejap lagi Adry suruh Eric ambil dekat airport eh. Adry dekat luar dengan Louise"Disandarkan badannya di kerusi.

Tunku Affan dan Tunku Rasyadah yang mendengar Adry bersama Louise tersenyum.

"Ha yerlah hati hati dengan Louise tu. Risau abang kalau dia buat apa apa dekat adik"

Adelio tidak terlalu percayakan dengan Louise kerana jejaka tu dengan adiknya tidak memiliki hubungan apa apa lain lah jika suami isteri mungkin dia akan letakkan kepercayaan seratus peratus kepada Louise yang jejaka tu mampu menjaga adiknya.

"Baiklah abang ku Lio"Ditamatkan panggilan setelah menjawab salam. Dipandang Louise yang leka dengan aiskrim nya.

"Jom balik"Louise mengangkat muka nya memandang wajah gadis itu dengan riak kosong.

"Harini kau tak panggil aku abang pun. Aku ada buat salah ke dekat kau sayang?"Adry yang mendengar panggilan tu berasa sakit di hatinya. Louise sudah mahu berkhawin jadi dia tidak perlu lah memanggil jejaka tu dengan panggilan abang lagi.

"Mana ada Louise buat salah. Adry okeyh jelah."Kening Louise ternaik bila gadis tu memangilnya dengan nama.

Pinggang ramping milik Adry ditarik rapat dengannya.

"Why do you call me by name? Tell me what's wrong"Adry menjarakkan dirinya dari Louise.

"Tak ada apa lah. Jom lah balik. Family Adry otw dah."Louise merenung dalam mata cantik tu. Bukan dia tidak tahu disebalik mata tu ada kesedihan.

Maafkan aku sayang bukan aku taknak bagitahu yang kau bakal isteri aku tapi aku nak beri kejutan. Akan aku gantikan kesedihan tu dengan kegembiraan.

Pipi gebu Adry dikucup lembut sebelum tangan nya mengengam erat jari jemari gadis nya.

14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓ Where stories live. Discover now