"hye boy!"Rivka melangkah masuk ke dalam bilik seksaan tersebut diikuti dua sepupunya.
"Siapa korang hah?"Farhan memandang tiga gadis tu yang berdiri di hadapan nya.
"Aku anak Tunku Rasyadah dan Tunku Affan. Disebabkan kau bonda aku masuk Hospital!"Ditumbuk wajah Farhan dengan kuat.
"Kau tau? Kau dah masuk dalam sangkar Demon Queen."Membulat mata Farhan. Tidak dia sangka sekarang dia berada dalam genggaman DQ.
"Kenapa? Takut? Sekarang bagitahu aku siapa yang upah kau."Hana berpeluk tubuh dan disandarkan badannya di meja.
"Kalau aku bagitahu pun aku tetap kena bunuh"Adry mencengkam koler baju Farhan dan matanya menatap tajam mata Farhan yang ketakutan.
"Bagitahu aku sekarang!"Jerkah Adry dan jejaka tu mengigil ketakutan. Aura hitam Adry boleh membuatkan orang getar lutut.
"Kim'Mafia. M.. motif diorang nak jatuhkan sy.. syarikat ayah kau"Katanya tergagap gagap."Perut Farhan ditusuk dengan pisau sehingga darah memercik keluar sehingga terkena wajah Adry. Mata Farhan membulat luas.
Ditarik pisau tu dengan kasar dan dikelar leher jejaka ini sehingga kepala terpisah dari badan. Rivka yang melihat tu segera berlari keluar untuk ke tandas. Hana mengetap bibir dan turut keluar dari situ.
Adry tergelak sehingga bergema bilik seksaan tu. Di capai kapak dan ditetak tangan serta kaki Farhan seperti menetak ayam.
Jari runcing nya yang terdapat darah Farhan dicalit di pipi sehingga turun ke tepi bibir.
"Bersihkan"Diatur langkah keluar dari bilik tersebut dengan senyuman yang puas.
Adry mengangkat panggilan tersebut dan dia hanya bergumam. Diatur langkah keluar dari mansion nya.
Diatur langkah masuk ke dalam rumah tersebut.
"Assalamualaikum Louise?"Namun sunyi sahaja rumah tersebut. Dilihat mesej yang baru masuk.
Jake.
-jumpa boss dekat bilik dia.Kaki segera melangkah ke bilik jejaka tu. Masuk saja dia melihat Louise duduk di birai katil dengan membelakangi nya. Jejaka tu langsung tidak memakai baju.
"Abang?"Didekati jejaka tu perlahan lahan dan dia terkejut melihat mata hitam Louise. Perlahan lahan kepala tu menoleh ke arah nya. Ok dia seram sekarang. Sudahlah jam 12 malam. Diundur setapak demi setapak.
Ethan menghulurkan tangan nya agar gadis tu menyambut. Mata hitam tu tajam merenung Adry.
Teragak agak Adry mahu menyambut huluran tersebut. Ethan menarik tangan Adry dekat nya.
Di angkat tubuh tu ke atas pehanya. Mata hitam tu hanya kosong saja melihat ke arah balkoni.
Dalam fikiran Adry sudah tertanya tanya kenapa dengan Louise.
"kau pergi mana? aku mesej kau tak reply" Soal jejaka tu setelah lama berdiam diri namun dia hanya melihat ke hadapan saja.
"B..busy sikit tadi. T..tak perasan mesej abang"Takut takut dia mahu membalas. Ini sisi kedua Louise ke?.
"Penting sangat ke kerja kau tu?"Adry menunduk dan mengangguk perlahan. Ethan menoleh ke arah Adry.
"Mana ucapan maaf? Ke tak pandai minta maaf hm?"Adry mengetap bibir nya dan mengangkat muka.
"Maaf abang."Ditundukkan semula bermain dengan jarinya. Ethan membaringkan tubuh Adry. Pinggang tu ditarik dekat.
"Tidur."Adry mahu bertanya kenapa Louise jadi bergini tapi dia takut jika jejaka ni naik tangan.
"K..kenapa ma..mata abang hitam?"Ethan menarik tubuh tu dekat nya lagi.
"serabut"Ringkas dia membalas. Adry yang malas mahu bertanya banyak hanya diam saja.
"Jake boleh Adry tanya?"Jejaka tu menganguk kepalanya.
"Kenapa dengan Louise? Mata dia hitam"Jake memandang sekeliling terlebih dahulu risau jejaka tu muncul tiba tiba.
"Tu sisi kedua Boss. Kalau mata dia hitam tu maksudnya Ethan yang kawal diri Louise. Sebelum saya suruh Cik Adry datang ke sini, Ethan mengamuk sampaikan bilik sebelah tu dipenuhi kaca bersepah. Saya tak tahu punca kenapa dia mengamuk. Mungkin dengan Cik Adry dia akan cerita."Tutur Jake panjang lebar.
"Okeyh faham terima kasih."Jake mengangguk dan meminta diri untuk pergi.
"Ethan?"Jari diketuk di dagu nya.
"ya sayang"Terkejut Adry bila pinggang nya dipeluk erat oleh jejaka tu. Pipi gebu tu dicium lembut.
YOU ARE READING
14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓
RomanceSemakin lama semakin meningkat kematian pelajar di Gold Highschool. Punca kematian menjadi tanda tanya sehingga kan pelajar di situ takut untuk datang sekolah. Kedatangan Si dia mencari dalang disebalik kematian pelajar pelajar disitu. Namun siapa s...