BAB 8

6.4K 413 0
                                    

Sebergitu marahkah Adry pada nya sampaikan langsung tidak menegurnya dan masuk ke dalam kelasnya.

"Adry boleh pergi bilik guru dan minta file warna biru dekat Sir L? Tolong sekejap ya"Adry mengatur langkah ke bilik guru.

"File biru"Sir L mengambil file tersebut dan diserahkan kepada Adry. baru saja gadis tu mahu pergi, dipegang tangan nya.

"Kau nak apa lagi?"Direntap tangannya dan melangkah keluar dari bilik guru tersebut. Louise menghela nafas perlahan. Entah kenapa dia berasa tidak sempurna harinya bila gadis tu tidak berbual dengannya.

"Kamu boleh ambil  VR box ni sorang satu."Adry mengambil VR box tersebut dan menoleh ke arah cikgu.

"Cikgu boleh saya pakai benda ni dekat padang hijau?"Cikgu Kamil mengangguk mengizinkan dan gadis tu melangkah keluar.

Dimasukkan telefonnya. Video dimana dia bermain bola bersama alongnya dipasangkan. VR box tu di pakai.

"Ha ha. Acieeee tak dapat wieee"usik Azry dan adik perempuannya mencebik geram.

"Eeee along bagi lah bola tu. Bondaa tengok along tu"Azry menjelirkan lidah dan disepak sedikit ke arah adiknya.

"Yeayyy"Diambil bola tu dengan jari kecilnya. Dibawa mendekati alongnya.

"Mana adik? Kenapa nampak bola ja"Terkebil-kebil mata Adry memandang alongnya. Tergelak jejaka tu.

"Alolo adik siapa ni comelnyaa"Di ambil bola tu dan diletakkan di tepi. Tubuh tu didukung.

"Adry. Adry. Adry!"Gadis tu tersentak dan dibuka VR box nya. Dia tidak perasan pula air mata nya keluar.

"Kenapa menangis ni?"Louise menyeka air mata gadis tu. Dia dari tadi melihat Adry seorangan di bangku.

Adry memeluk tubuh Louise erat. Mengeras tubuh jejaka tu bila dipeluk. Rambut Adry diusap perlahan.

"Ke..kenapa along pergi tinggalkan adry?"Louise masih setia mengusap kepala Adry perlahan.

"Sabar ya. Allah lebih sayangkan Along Adry. Shh jangan nangis."Dipeluk erat tubuh Adry untuk menenangkan nya.

"Along Adry meninggal sebab apa?"Soal Louise dengan nada lembut.

"Kanser tulang."Jawabnya dengan sedu sedan. Louise melutut depan Adry. Air mata tu diseka lembut.

"Sabar, redha, ikhlaskan. Dah jangan menangis tauu nanti tak comel"Dikemaskan rambut gadis tu agar rapi.

Kedua pipi gebu tu diusap lembut. Nasib tak ada orang dekat sini.

"Jom pergi cafe."Dihulurkan tangan nya dan disambut oleh Adry.

Air dihadapannya ni ditenung saja. Louise yang perasan tu segera menegur.

"Minum lah kenapa tenung air tu"Adry menghirup air tersebut. Louise menegakkan badannya.

"Masih marahkan aku?"Adry mengeleng kepalanya perlahan. Louise memandang nya curiga.

"Kau marahkan aku lagi kan. Aku tahulah dari raut wajah kau"Gadis tu mengeluh dan memandang wajah Louise.

"Ya masih marah."Louise menongkat dagu memandang wajah putih bersih milik Adry.

"Marah tapi peluk aku macam mana tu?"Dijongket keningnya berkali kali disertai senyuman sinisnya.

"Tak sengaja"Dipandang ke arah lain. Louise mengengam tangan Adry di atas meja..

"Siapa kau sebenarnya hah? Siap ada pistol lagi"Adry tersenyum sinis dan cuba untuk  menarik tangan nya semula namun Louise mengengam erat.

"polis?"Menajam mata Louise memandang Adry. Jika gadis ini polis dia terpaksa bunuh nya kerna dia tidak mahu kerjanya terbongkar.

"i.will.kill.you"ditekan satu persatu apa yang dia katakan. Adry bangun dari duduknya dan di ambil VR box tersebut.

"bunuh lah"Dicium pipi Louise sebelum berlari pergi.

Berdegup kencang jantung Louise apabila Adry menciumnya. Tangan kiri nya naik memegang pipi yang menjadi sasaran ciuman Adry tadi.

"Oh shit gadis nakal"

14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓ Where stories live. Discover now