BAB 31

5.7K 318 8
                                    

Adry melangkah turun bersama suami nya setelah selesai solat subuh. Louise mengengam erat jari jemari isterinya.

"Morning bonda semuaa"Sapa Adry. Mereka menoleh ke arah pengantin baru tu.

"Morning too Adry, Louise"balas mereka serentak. Adry mahu ke arah peti ais namun tangannya ditarik.

"Lepas lah nak ambil air sekejap pun tak boleh ke?"Louise melepaskan genggaman nya dan duduk di kerusi.

"Bonda abang tak bangun lagi ke?"Bonda Rasyadah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Terbit idea nakal di benak fikiran Adry. Dia berlari ke tingkat atas.

"Jom pergi kejutkan abang abang kita jom"Ajak Adry bila bertembung dengan Rivka dan Hana. Mereka tersenyum penuh makna dan melangkah ke bilik jejaka jejaka tu.

Adry naik ke atas katil Adelio dan dihindik. Adelio yang sedang tidur terkejut dan bangun dengan mengejut.

"Gempa bumi gempa bumi eh?"matanya bertembung dengan mata adiknya. Menajam dia memandang Adry yang tersengih.

"Yahhh!"Tak sempat dia mahu lari tangannya di tarik ke dalam pelukannya abangnya.

"Nakal!"Dipeluk erat tubuh tu dengan dicium pipi Adry bertalu talu. Ehem Louise ok ke tu?.

Rivka mendekati abangnya yang sedang tidur nyenyak sambil memeluk bantal.

"ABANG! RUMAH TERBAKAR!"Rivky bangun mengejut dengan gelabah.

"Selamatkan diri!! Bonda ayahda! Hah?"Terkebil kebil mata dia bila tidak nampak asap atau api pun.

"Adik memang nak kena kan!"Ditarik tubuh tu dan digeletek pinggang nya sehingga Rivka tergelak terbahak bahak.

"ABangg dah bangun eh? Ingat tidur lagi"Sengih Hana bila Hanan menjongket keningnya sambil tangannya memegang telefon.

"Kenapa bising bising dekat bilik sebelah tu? Korang nak kacau kami tidur ke?"Mengecil mata Hanan memandang adiknya. Gadis tu tersengih.

"Gurau gurau manja eheh jom turun sarapan"Diatur langkah keluar dari bilik abangnya.

Hana tergelak kecil melihat Adelio mendukung Adry dengan cara bridal style.

"Huwaa Hana tolong aku!"Jerit Adry. Louise menoleh ke arah dua beradik tu. Tergeleng kepala nya melihat.

"Apa kecoh kecoh ni? Adelio? Kenapa dukung Adry? Cemburu Louise nanti"Tersedak Louise mendengar kata kata Ayahda Affan.

"Nah ambil balik isteri kau ni. Menganggu aku tidur jaa"Diletakkan adiknya di atas peha Louise. Jejaka tu tersenyum sinis ke arah Adry.

"Abang! Apa ni? Asal tak letak dekat kerusi!"Bentak Adry tidak suka. Adelio menjelir lidah nya. Padan muka kacau orang lagi.

"Come abang suap kan sayang. Buka mulut"Adry hanya akur dengan arahan suaminya. Lagipun dia tengah lapar.

Rivka,Rivky,Hanan serta Hana melangkah masuk ke dapur dan duduk di kerusi untuk sarapan.

"Manja kali dia"Hanan yang mendengar apa yang Rivky katakan mengemam bibirnya menahan ketawa. Baru tadi dia scroll tiktok jumpa sound tu.

"Jangan manja manja sayang please awowowowo"Rivky yang melihat Hanan menahan ketawa lagi suka kenakan jejaka tu.

Hanan menunduk rapat ke meja melepaskan ketawanya. Terhinjut hinjut bahunya kerana ketawa tanpa suara.

"Penat aku huhh"Hanan menghela nafas nya perlahan. Rivky tergelak kecil. Dua jejaka tu tidak sedar yang Rivka dan Hana ketawa tanpa bunyi sambil tampar menampar antara satu sama lain.

Bukan ketawa hal lain tapi tentang apa yang dikatakan Rivky tadilah.

"Abang"panggil Adry. Louise bergumam sahaja dan mengusap rambut tu ke belakang.

"Pagi tadi ada nombor yang tak dikenali chat Adry. Bila Adry tanya siapa dia jawab Ariq."Terhenti suapan Louise dan kini dia fokus pada si isteri.

"Apa hubungan dia dengan sayang?"Mata grey tu tajam merenung mata cantik Adry.

"Bekas teman lelaki. Dia nak dekat Adry balik. Adry dah cakap yang Adry dah khawin tapi dia nak rampas Adry dari abang."Dikeluarkan telefonnya. Mesej tadi ditunjuk pada si suami.

Louise mengetap gigi nya kuat. Dipandang wajah gelisah Isterinya.

"Dia boleh nak dikatakan psiko jugak. Dia buat apa yang dia kata. Tak kesahlah cara baik mahu pun cara kasar dia akan guna."

14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓ Where stories live. Discover now