BAB 30

5.8K 308 6
                                    

"pengantin lelaki dah sampai. jom?" Jelas lah wajah Adelio di muka pintu. Adry menarik nafas nya perlahan. Hana dan Rivka setia di sisi.

Mereka melangkah turun dari tangga. Adry hanya menunduk saja tanpa melihat siapa bakal suami nya.

"Boleh kita mula?"Mereka mengangguk dan Tunku Affan menjabat tangan dengan bakal menantu nya.

"Tengku Louise Ethan bin Tengku Luke"

"Saya"

Adry yang mendengar nama jejaka tu segera mengangkat muka dengan tidak percaya bahawa suaminya ialah Louise.

"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuan ku Tunku Adrysha Atharizz binti Tunku Affan dengan mas kahwin sebanyak 46 ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Tunku Adrysha Atharizz binti Tunku Affan dengan mas kahwin sebanyak 46 ribu ringgit tunai"Selafaz Louise.

"Sah?"
"SAH!"

Mereka mengucap syukur dan menadahkan tangan untuk membaca doa. Setelah doa di aminkan, Louise bangun mendekati si isteri.

"Assalamualaikum bidadari abang"Diukir senyuman manisnya buat si isteri. Adry mengetap bibir.

"Walaikumusalam. Siap lah abang sekejap lagi"bisik Adry dan dihulurkan tangannya untuk louise menyarungkan cincin.

"Allah maafkan saya cik"Mohon Hana bila terlanggar seseorang. Jejaka tu tersenyum saja.

"Tak apa manis. Kau okeyh kan?"Hana menganguk saja. Tengku Lhatif Adam melihat wajah gadis ini seakan mirip dengan seseorang.

"Adik Hanan?"Dilihat gadis tu mengangguk perlahan.

"Ya saya adik dia. Awak kawan dia ke?"Tanya Hana. Lhatif menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar.

"Dia always cerita pasal kau dekat aku. Masih single? Kalau masih sendiri nak ajak ke fasa lebih serius"Terkedu Hana dibuatnya.

"Ma..masih sendiri kalau serius in shaa Allah boleh ke jinjang pelamin"Memerah nipis wajah Hana dibuatnya. Lhatif Adam tersenyum nipis. Gadis di hadapannya ini comel.

"Kau Rivka kan?"Rivka menoleh dan mengangguk perlahan.

"Ya kenapa?"Tengku Nathan Averroes menunjuk ke arah Rivky yang datang ke arah mereka.

"Puas abang cari adik tau. Tu diorang ajak tangkap gambar jom"Ditarik lengan adiknya dan Rivka menarik tangan Nathan secara spontan. Terkejut jejaka tu dibuatnya.

Louise memeluk pinggang isterinya dan dilabuhkan dagu di bahu Adry. Rivka dan Nathan berdiri di sebelah Louise manakala Hana dan Lathif berdiri di sebelah Adry. Abang abang mereka bercangkung di bawah.

Adry merebahkan badannya di atas katil setelah selesai membersihkan diri. Dipejamkan matanya untuk tidur. Penat dia harini.

Louise yang melangkah masuk ke dalam bilik terpandang isterinya tertidur. Diatur langkah ke bilik air terlebih dahulu.

Louise merangkak naik ke atas katil. Diusap lembut pipi Adry untuk mengusik. Gadis tu mencelikkan mata nya dan memandang wajah Louise dengan geram.

"You.are.mine.babygirl" ditekan satu persatu dan dicuit hidung mancung tu.

"Jahat tak bagitahu yang dia tu bakal suami eyyy"Ditumbuk dada Louise perlahan. Jejaka tu tergelak kecil dibawa tubuh Adry ke dalam pelukannya.

"You love me baby?"Adry menjulingkan matanya.

"Takk. Adry tak sayangkan abang huftt"Louise tersenyum saja dan ditarik hidung tu geram.

"Kalau tak sayang kenapa terima aku jadi suami? Cause you love me right baby?"usik Louise dengan senyuman manis nya.

"Eee taknak kawan dengan abang"Ditarik selimut menutupi wajah nya. Louise mengintai sedikit wajah tu namun Adry menarik menutupi.

"Kita tak buat firstnight lagi ni sayang."Suka dia mengusik gadis kecil ni. Nampak comel ja kalau dia marah.

"Taknak! Nak tidur"Louise menarik pinggang Adry dekat dengannya. Dipeluk erat tubuh tu. Selimut yg menutupi wajah cantik isterinya dibuka. Mahu sesak nafas nanti.

"Dah dah tidur"Ditepuk perlahan bahu Adry untuk mendodoikan.

Adry mengalihkan badannya menghadap Louise. Disorokkan muka nya di dada tegap suaminya. Dia suka bau wangian badan Louise. Rasa tenang.

14. SUAMIKU ENCIK PSYCHO✓ Where stories live. Discover now