3

111 9 0
                                        

Bam!

Pintu yang dihempas kuat menyentakkan Tuan Umar Harith yang sedang leka membuat kerjanya. Dia mengangkat wajah untuk melihat siapakah gerangan yang sesuka hati membuat pintu mahalnya sebegitu.

"Heyyo, Mr. Tuan!" Seorang lelaki berbaju kemeja putih melangkah mendekati meja Tuan Umar.

"Assalammualaikum." Ucap Tuan Umar tanpa nada.

"Aik, ingatkan mafia macam kau tak tahu beri salam."

"Ingatkan anak sekolah agama, bapak tahu hukum jawab salam tu wajib." Kini, Tuan Umar pula memerli. Lelaki itu tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.

"Waalaikumussalam, Mr. Tuan."

"Ha ada apa?" Soalnya. Tidak mahu dia menghabiskan masanya dengan lelaki kurang siuman di hadapannya itu.

"Aku nak ajak kau datang rumah aku. Aku ada buat majlis sambutan hari jadi anak kedua aku." Kata lelaki itu. Dia menarik keluar kerusi daripada bawah meja dan dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu.

"Siapa? Delisha?" Lelaki itu mengangguk.

"Yalah, siapa lagi?"

"Bila kau buat?"

"Jumaat, minggu depan. Lepas Isyak macam tu baru mula."

"Hm tengoklah dulu. Kalau tak ada apa-apa aku datang. Aku akan cuba untuk kosongkan jadual aku masa tu." Balas Tuan Umar. Dia akan sedaya upaya mengosongkan jadualnya pada hari itu juga. Takkan dia tidak mahu hadir ke majlis hari jadi anak buah kesayangan dia itu?

Diantara anak-anak kepada kawannya, anak kedua lelaki di hadapannya itulah yang paling dia rapat dan sayang. Sebelum kehadiran Alyssa dan Delisha, dia hanya dapat merasa anak buah lelaki saja. Bila sudah ada anak buah perempuan, datang pula anak perempuan. Rasa bertuah pula dia ketika itu.

"Mesti kau datang punya. Mana boleh kau terlepas kalau benda tu berkaitan dengan Delly." Keningnya diangkat-angkat. Tuan Umar menjeling. "Oh, kalau boleh bawalah Alyssa sekali. Isteri aku dah lama nak jumpa dengan Alyssa." Pinta lelaki itu.

Tuan Umar diam sejenak. Sudah lama juga dia tidak bawa Alyssa berjumpa dengan kawan-kawannya. Kali terakhir dia membawa Alyssa, ketika gadis itu tujuh tahun. Itupun hanya 10 minit saja kerana dia terima panggilan daripada hospital bahawa abangnya terlibat dalam satu kemalangan besar.

Dia bukan tidak mahu. Cuma, takut. Sejak Alyssa sudah meningkat dewasa, mukanya mula iras seseorang. Seseorang yang dia perlu elakkan daripada bertemu dengan Alyssa.

"Tengoklah dulu." Balas Tuan Umar ringkas.

"Janganlah takut, Umar. Nanti aku---"

Tok tok!

Kata-kata lelaki itu terhenti apabila pintu pejabat Tuan Umar diketuk.

"Masuk!" Laung Tuan Umar. Pintu dibuka dan seorang wanita berjalan masuk ke dalam pejabat dengan tablet hitam ditangannya. "Yes, Auni?"

"Hm just to remind you. Your meeting with Mr. Alan will start in five more minutes." Pesan Auni, pembantu peribadi Tuan Umar.

"Okay. You can go now." Wanita itu mengangguk akur. Sebelum dia keluar, sempat dia menegur lelaki di hadapan majikannya itu.

"Good morning, Mr. Q." Sapa Auni. Q atau nama sebenarnya, Qarin hanya melambaikan saja tangannya. Bukan sombong, tetapi dia memang tidak boleh bercakap dengan perempuan. Asal cakap aje, mulalah keluar ayat buaya darat dia itu nanti. Biasalah, orang ada pengalaman jadi buaya daratlah katakan.

My Precious Alyssa [Hold-On]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang