"MIKHAIL!"
Leo mengeluh kesal. Kenapa dia berterus terang? Nasib baik Max, pengawal peribadi Alyssa, masuk ke dapur selepas pengakuannya tadi. Sempat juga dia melarikan diri.
Air tin diletakkan di sebelahnya. Orang lalu-lalang di hadapannya hanya hiraukan dia yang sedari tadi tidak berhenti mengeluh. Mungkin orang berfikir dia sedang dalam proses pembaikan selepas putus cinta.
Putus cinta apa? Dia bercinta pun tidak pernah. Kalau sekolah dulu, hanya crush yang dia ada. Genap umurnya yang ke-18 tahun, dia sudah mula bekerja. Hm lagilah tiada masa mahu bercinta.
Leo mengeluh lagi buat keberapa kalinya. Dia mengusutkan rambutnya. Biarlah kusut, otak dia lebih kusut dengan macam-macam masalah yang bakal mendatang. Kalau difikirkan, mahu botak dia dekat situ.
Sedang Leo menunduk sambil mengusutkan rambutnya, seorang lelaki berhoodie hitam duduk di sampingnya. Dengan selamba, air tin Leo diambil dan diminumnya.
"Apa dah jadi?" Bahu Leo terangkat ke atas. Sejak bila lelaki itu berada di sebelahnya? Sudahlah berpakaian semua hitam. Sudah seperti hantu.
"Sejak bila kau sampai?" Soal Leo sambil merampas semula air tinnya. Dia menjegilkan mata. Dia melihat isi dalam tin itu. Kosong! Dia mencerlung tajam ke arah lelaki itu.
"Baru aje. Ha apa dah jadi?" Dia hiraukan saja cerlungan tajam Leo. Berani Leo nak pukul dia? Silap hari bulan, Leo yang ke ICU.
"Huh... Aku dah bagitahu dia." Lelaki itu menjongketkan kening ke atas. Dia memandang Leo di sebelahnya yang sudah bersandar dengan muka seperti tiada harapan mahu hidup di atas muka bumi lagi.
"Baguslah tu. Mudah kerja kau lepas ni." Puji lelaki itu. Leo memandang lelaki di sebelahnya dengan pandangan tidak percaya. Dia menjerit bagi melepaskan rasa ketidak puas hatiannya. Biarlah orang tengok sekalipun.
"Senangnya kau kata! Aku yang kena tanggung semua tu sendiri nanti tau! Dengan bapak dia— Aduh, matilah aku kena buru dengan bapak dia." Memikirkan itu membuatkan dia mahu melarikan diri hingga ke hujung dunia. Namun, dia tahu Tuan Umar pasti akan memburunya sehingga ke lubang cacing.
"Relax Leo. King akan tolong kau. Kau takkan tak percaya dekat King?" Balas lelaki itu, mahu meredakan sedikit rasa gelisah di dalam hati Leo.
Leo sedikit tersentak. Nama King yang disebutkan lelaki itu membuatkan dia mula terfikir. Ya, selama tadi dia tidak berfikir. Otak lambat sikit nak bekerja.
"Aku tahu otak kau baru nak berfungsi tapi kalau ya pun, kawallah sikit riak muka tu. Hodoh sangat, tak boleh dibawa bincang." Kata lelaki itu mengundang cerlungan tajam daripada Leo.
Lelaki itu tertawa sedikit. Tanpa sebarang kata, dia meninggalkan Leo berdilemma seorang diri. Sekelip mata, susuk tubuh dia menghilang dalam kesesakan manusia di situ. Leo pula hanya hiraukan saja. Sudah biasa ada kawan yang kawan dengan makhluk lain. Tak hairanlah kalau mereka pun boleh menghilangkan diri sekelip mata juga.
"King akan tolong kau."
Kata-kata lelaki tadi terngiang-ngiang di dalam kotak fikirannya. Ya, dia perlu percayakan King. Dia pasti King boleh bantu dia bila dia dalam kesusahan nanti. Dia perlu percayakan King dalam waktu-waktu begini.
◇◇◇
Pintu ditutup semula apabila dia sudah membawa tubuhnya ke dalam rumah itu. Dia menghela nafas penat dengan mata yang hampir terkatup kerana terlalu mengantuk.
"Wah!" Jeritnya terkejut apabila dia ternampak satu bayang-bayang di hadapannya. Bila diamati wajah itu, barulah dia tahu itu Alex. Lagi.

YOU ARE READING
My Precious Alyssa [Hold-On]
БоєвикиDemi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu t...