18

82 4 5
                                    

Dia meloloskan diri ke dalam perut kereta. Seiring dengan itu, Alyssa menamatkan panggilannya bersama Leo.

"Call siapa?" Soal Tuan Umar sambil memasangkan tali pinggang pada badannya.

"Kesayangan."

Klak!

Tuan Umar memandang Alyssa dengan pandangan tidak percaya. Tangannya masih pada tali pinggang keselamatan itu walaupun sudah terpasang.

"Seriously?"

"Hahahaha. Isa gurau ajelah daddy. Jangan terkejut sangat. Kawal sikit reaction daddy tu, dah macam nak terkeluar mata daddy tadi." Gelak Alyssa sambil menampar perlahan bahu Tuan Umar.

Tuan Umar perlahan-lahan mengalihkan tangannya. Stereng dipegang walaupun mata masih tertancap pada Alyssa.

"Iya, daddy. Isa gurau aje. Isa telefon kawan Isa tadi. Dah cepatlah jom. Nanti lambat daddy nak pergi kerja." Tambah Alyssa cuba meyakinkan Tuan Umar. Kalau tidak, selagi itulah mereka tidak akan bergerak.

Tuan Umar memandu kereta walaupun hatinya masih tidak yakin dengan Alyssa. Firasat hati dia kuat mengatakan ada seseorang sedang cuba mendekati Alyssa. Namun, dia tidak tahu seseorang itu datang dengan niat baik atau jahat.

Alyssa menoleh ke hadapan. Ingatannya kembali pada beberapa bulan yang lepas. Situasi di mana dia dan Leo berada di ruang makan.

"LEO!"

"Saya sukakan Cik Isa."

O

M

G

Dia terlepas cakap. Leo lekas menekup mulutnya. Matanya bulat besar memandang Alyssa yang sudah terkaku di tempat duduknya.

"Saya minta maaf! Saya minta diri dulu!" Pamitnya. Baru dia mahu melangkah, belakang bajunya ditarik seseorang menahan dia daripada terus melangkah.

Leo diam. Dia berdiri tegak membelakangi Alyssa. Tidak sanggup dia mahu memandang gadis itu. Ya Tuhan, malunya!

"Memang lepas dah confess, terus blah macam tu aje ke?" Soal Alyssa sinis. Dia menolak kerusi untuk berdiri. Leo yang mendengar seretan kerusi itu sudah meremang bulu romanya.

"Haih... Susah jadi cantik ni kan? Sekarang ni dah dua orang kejarkan saya. Awak... Aqill..."

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now