10

91 8 4
                                        

Alyssa melihat telefonnya yang sedari tadi tidak henti berbunyi. Dia mengerutkan dahi, rasa terganggu dengan bunyi telefon itu. Kepala yang sakit dipegang.

Dia keluar sedikit daripada selimut. Telefon yang berada di atas meja kecil di sisi katilnya diambil. Dia hidupkan telefon itu dan skrin telefon dilihat.

Malangnya, si penghantar mesej itu tiada nama. Hanya nombornya yang keluar. Kalau diikutkan, Alyssa biasanya akan sekat saja nombor itu. Malas dia mahu berfikir panjang. Takut itu nombor scammer.

Tetapi entah kenapa dia tergerak hati mahu membaca mesej itu terlebih dahulu. Kecerahan skrin telefon itu diturunkan sebelum dia membuka mesej yang dihantar tadi.

Saya dengar awak demam.

Betul ke?

Awak macam mana
sekarang? Sihat?

Dah lama saya tak jumpa
awak.

Saya rindu nak dengar
suara awak.

Nak awak kacau saya.

Walaupun selama ni saya
acuh tak acuh aje layan awak.

Tapi tak bermakna saya tak
suka.

Alyssa berkerut dahi. Siapa ni? Siap kata rindu bagai. Dengan tidak ada nama, dah itu tidak perkenalkan diri pula itu.

Siapa ni?

Tiba-tiba kata rindu saya

Baru dia mahu menutup telefonnya, orang tidak dikenali itu sudah mula typing. Dia menunggu saja dengan mata yang separa terbuka. Dia betul-betul tidak larat. Rasa mahu tidur saja.

Saya Aqil

Mata yang separa terbuka tadi kini sudah terbuntang luas. Aqil?! Alyssa bangun daripada baringnya lalu rambut yang kusut masai dibetulkan. Seperti dia mahu berhadapan dengan Aqil sekarang sedangkan lelaki itu pun duduk di rumah saja.

Oh Aqil

Macam mana awak dapat
nombor saya ni?

Adalah. Rahsia

Alyssa mencebik. Rahsia, rahsia pula. Dia menggulingkan matanya ke atas.

Apa apa ajelah

Aik? Merajuk?

Hmph! Tak ada masa!

Ye ke? Macam ya aje
marah tu

My Precious Alyssa [Hold-On]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang