12

85 7 5
                                    

"Aku dah kata dah. Aku dah kata! Yang kau ni memang tak boleh diharap tau!" Meja dihentak kuat bagi melepaskan amarah yang terbuku di hati.

"Alah sorrylah, Mar. Aku bukannya sengaja. Aku terlepas pandang. Sikit. Aku tak sangka pula boleh jadi sampai macam ni syarikat Tok Ayah." Helena cuba memujuk sepupunya itu.  Pembantu peribadi di sebelahnya disiku, memohon bantuan.

Katrina mengangguk setuju. "Betul tuan."

"Apa yang betul?" Tajam Tuan Umar mencerlung ke arah pembantu peribadi Helena.

"Err Cik Helena betul." Dia menunduk. Takut melihat mata helang sepupu majikannya itu. Sudahlah dia tiada apa-apa kaitan namun dia sekali ditarik ke dalam masalah yang ditimbulkan oleh Helena sendiri.

"Kau bagitahu aku sekarang, dah berapa lama benda ni berlaku?" Soalnya sambil bersandar pada kerusi yang empuk itu. Helena dan Katrina dibiarkan berdiri di hadapannya. Balasan kerana buat kepalanya serabut.

"Err... Dalam... Dua... Tahun... Lepas...?" Sepatah-patah dia kata dengan lambat. Sesudah itu dia tersengih apabila melihat muka Tuan Umar kembali merah. Kerja dalam penghawa dingin, mananya nak hitam?

"Kau kata... Dua tahun lepas, El?" Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Helena sudah menelan air liur dengan payah. Hm habislah dia. "Dua tahun lepas... Dan, semalam baru kau bagitahu aku?" Tangannya yang membentuk penumbuk sudah menggeletar hebat.

Helena menolak Katrina diam-diam ke belakang, begitu juga dengan dirinya. Takut terkena tempias gunung berapi yang bakal meletus tidak lama lagi. Perlahan-lahan dia mengangguk.

Tuan Umar menarik nafas dalam. Patutlah raya dan puasa tidak balik ke Malaysia. Katanya, malas mahu berlama dalam kapal terbang. Setahu dia, Helena tidak pernah buat hal kata malas mahu balik raya. Selalunya, dia yang paling awal sampai walaupun dia yang paling jauh.

Tetapi, sejak dua tahun lepas, Helena mula kata mahu beraya di luar negara. Sekali, dia boleh terima. Dua kali, dia sudah mula berasa hairan.

Memang betullah. Firasat hatinya tidak pernah salah. Helena memang sejak dulu suka menyusahkan orang. Sudah itu degil dan keras kepala pula. Haih, dia tidak patut melepaskan Helena dulu.

Nafas dalam ditarik. Dia sudah bersedia mahu mengaum. Tidak kisahlah di dalam bilik itu ada orang berkenaan ataupun tidak berkenaan, dia mahu mengaum juga!

"TUAN HELENA IRIS!"

◇◇◇

Daun pintu dibuka perlahan-lahan. Dia sedikit rasa serba salah kerana masuk ke bilik seorang gadis tanpa kebenaran. Bukan apa, dia cuma risau. Sejak pagi cik mudanya tidak keluar-keluar daripada dalam bilik. Bila diketuk pintu, langsung tiada balasan.

Dia perlahan-lahan mendekati katil. Kosong. Katil itu tidak berpenghuni. Katil itu juga sudah siap berkemas sedangkan seorang pembantu rumah pun tidak ada masuk ke dalam bilik itu sejak pagi tadi.

"Aduh, meremang bulu roma aku ni dah kenapa?" Lengannya diusap perlahan. Belakang lehernya dipegang.

Langsir yang terbuka luas menarik tumpuannya. Pintu kaca juga terbuka seluas-luasnya. Dia mendekati perlahan-lahan dengan terjengkit-jengkit.

Suara tawa seseorang mengejutkan dia. Amboi, bukan main kuat mengilainya. Dia mengintai sedikit ke luar. Ada entiti— maksud dia, ada seorang perempuan berambut panjang; tidak berikat duduk di atas kerusi.

Dia cuba mengamati susuk tubuh itu. Badan yang kurus dan kecik; genetik mungkin, rambut panjang yang hitam keperangan, baju tidur berwarna putih dan berkain satin dan tidak dilupakan juga selipar berbulu dan mempunyai telinga arnab di hadapannya.

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now