Ting! Ting! Ting!
Ruangan dapur yang besar dan sunyi itu dipenuhi dengan bunyi dentingan sudu yang berlaga dengan dalam cawan. Aroma air nescafe menusuk ke rongga hidungnya.
Cawan dibawa rapat ke bibir. Belum sempat dia menyisip air itu, kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat dari luar dapurnya. Bunyi itu sepertinya datang daripada pintu utamanya. Tanpa berlengah, cawan diletakkan kembali ke atas meja kaunter dapur lalu diatur langkah ke pintu utama.
Tidak tahu bagaimana dia mahu meluahkan perasaannya tika dia melihat keadaan pintu rumahnya itu. Pintu yang jasanya untuk melindungi rumah itu dan hanya bergerak ke depan dan ke belakang saja, kini sudah jatuh terbaring seperti orang sudah tidak bernyawa.
"Pintu---" Jarinya naik turun menunjuk ke arah pintu yang berada di bawah itu kemudian ke tempat asal pintu itu sepatutnya berada.
Aqill pantas menoleh ke belakang ketika dia terasa seseorang baru melepasi belakangnya. Namun kosong.
Pap!
Lampu terpadam. Aqill sudah meremang bulu roma. Dia sudahlah tiada ilmu-ilmu untuk mengusir makhluk lain alam ini. Nasib baik dia hafal ayat Kursi. Membantu juga dalam masa-masa genting sebegini.
Zas!
Sesuatu tajam terasa berada di lehernya. Nafas seseorang juga dia rasa dekat dengan telinganya. Dia mahu bergerak namun dia jangka, kalau dia bergerak walaupun seinci, pasti lehernya akan terkena benda tajam itu.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk berdiam saja. Menunggu tindakan orang di belakangnya itu.
"Where is my daughter?" Suara itu menyoal. Kedengaran keras dan dalam. Namun, Aqill tidak gerun kerana dia kenal suara itu. Dia tahu siapa empunya suara yang berada di belakangnya itu.
"Kenapa tanya saya? Dia anak uncle. Uncle lebih kenal anak uncle." Balasnya dengan sinis.
Kalau tadi alatan tajam di lehernya, kini lengan kekar itu pula yang melingkar di lehernya. Dia memejam mata cuba untuk bertenang. Kalau dia gementar, nafasnya akan makin tidak teratur.
"I'm asking you again, where. Is. My. Daugther?" Dia soal sepatah-sepatah dan ditekankan lagi suaranya. Menunjukkan dia tiada masa untuk bermain-main dengan budak mentah seperti Aqill itu.
"Hahaha. Uncle ingat saya culik dia ke? Kalau macam itu, baik saya jumpa uncle saja terus kalau saya mahukan Alyssa. I'm not kid anymore, uncle. Saya tak takut." Balas Aqill dengan berani.
Tuan Umar makin geram. Mahu saja dia menghunus pisau tajam di tangannya ke leher Aqill bahagian nadi. Biar mati terus budak itu di situ.
Tapi dia perlukan Aqill untuk kerja-kerjanya selepas ini. Nampak saja budak mentah, tapi penting juga Aqill dalam misinya.
"Lagi satu uncle. Mari saya ingatkan uncle semula. Kalau Alyssa ada dengan saya pun, saya bukan culik dia. Saya cuma AMBIL SEMULA milik saya daripada uncle."
Buk!
Tubuh Aqill ditolak jatuh ke bawah. Setelah itu, ditindih pula tubuh itu. Pisau dipegangannya tadi dicampak jauh.
Aqill yang tidak sempat mahu bertindak apa-apa hanya merelakan dirinya menjadi mangsa amukan Tuan Umar. Senyuman sinisnya masih mekar walaupun mulutnya sudah dipenuhi darah.
"Mana anak aku?!" Amuk Tuan Umar. Kolar baju Aqill ditarik kuat sehingga Aqill terangkat sedikit.
"Itu anak uncle, bukannya saya." Aqill mula berloyar buruk. Dia tersengih sehingga menampakkan giginya yang sudah dilumuri darah. Tuan Umar makin berang.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Precious Alyssa [Hold-On]
ActionDemi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu t...