Kays menatap skrin komputernya dengan tekun sekali. Jari runcingnya lincah menari-nari di atas papan kekunci. Maklumat seseorang yang telah disimpan rapi cuba dibuka dan dirungkainya.
"Kau dah dapat Kays?" Tegur salah seorang rakan sekerja Kays, Ray. Dia duduk sipi-sipi saja di tepi meja Kays. Di tangannya pula ada sebuah buku yang berukuran agak tebal.
"Belum, Ray. Ketat gila sistem yang simpan maklumat tentang lelaki ni. Sampaikan aku yang pro ni pun tak berjaya." Katanya dan diselitkan sedikit ayat bangga diri.
Ray jeling meluat. Kata macam pro tahap dewa. Dia membelek-belek buku kepunyaan kawannya itu. Semuanya tentang komputer. Dia hairan dengan kawannya itu. Sudah pandai tapi masih belajar lagi? Mungkin dia mahu menambah pengetahuan rasanya.
"Kau tak ada kerja ke, Ray? Mentang-mentang bos besar tak ada, kau boleh pula relaks-relaks." Kata Kays tanpa menoleh memandang Ray.
"Kau cakap dengan siapa Kays? Ada orang ke dekat komputer kau tu?" Sindir Ray. Walaupun dia tahu Kays memang menujukan soalan itu padanya, tapi dia masih mahu Kays memandangnya jika mahu bercakap dengannya.
"Ish, kau ni! Aku tengah busy kan ni? Jawab jelah." Marah Kays. Tetap matanya tidak beralih daripada skrin komputer. Kalau dibiarkan ini, pasti Kays akan bercium dengan komputernya itu nanti.
"Kerja apanya? Aku bukan macam kau. Melekat aje dengan komputer. Aku ni, bila bos besar panggil aku baru ada kerja." Balasnya menjelaskan perbezaan kerjanya dengan Kays.
"Hm untunglah. Dapat cuti. Mata pun tak rosak. Aku ni, silap haribulan mahu buta." Cebik Kays. Dia sudah lama mahu cuti tapi tidak boleh.
Nanti pasti Tuan Umar cakap, "Kau bukan ada anak bini pun nak ambil cuti bagai. Keluarga pun, aku aje keluarga kau. So, jangan nak mengada. Kalau aku nak bagi cuti, aku bagi. Ingat, diantara kau dengan yang lain, kau tu paling penting." Panjang lebar ayat Tuan Umar.
Kejam, kan? Nasib baiklah Tuan Umar ambil semula hatinya dengan mengatakan kepentingannya di dalam kumpulan itu. Dia paling utama ya!
Tentang keluarga, memang dia sudah tiada keluarga. Keluarganya habis diburu oleh Syukri kerana telah berpihak pada Tuan Umar. Nasibnya baik kerana sempat diselamatkan oleh Tuan Umar pada malam kejadian.
Ray memetik jari di hadapan wajah Kays. Termenung jauh nampaknya lelaki itu. Nasib baik dia perasan. Kalau tidak, pasti Kays sudah termasuk ke dalam komputer itu.
"Oi! Menung apa?"
"Eh. Mana ada menung apa-apa." Kays menggeleng. Dia kembali melakukan kerjanya. Lehernya digerakkan ke kiri dan kanan sehingga menghasilkan bunyi letupan kecil.
"Jangan buat macam tu selalu. Tak elok." Pesan Ray.
"Tahu, tapi macam dah jadi habits aku."
"Ubahlah kalau macam tu."
"Susahlah. Macam kaulah. Hisap rokok pun dah jadi habits kau kan? Ingat elok ke? Karang muda-muda dah rosak paru-paru." Kays menegur Ray pula. Memang Ray seperti seorang perokok tegar. Kalau boleh, bila dia dah pencen nanti dia mahu menggunakan semua duit yang dia ada untuk beli rokok saja.
"Diamlah kau. Buat aje kerja. Budak kecil macam kau takkan faham." Kepala Kays dipukul dengan buku di tangannya. Setelah itu, dicampak ke atas peha lelaki tersebut.
"Eleh, tadi dia yang sibuk nak menasihat orang bagai. Lepastu sendiri yang koyak." Bebel Kays perlahan. Buku tadi diletakkan ke tempatnya semula. Kini, komputer menjadi tumpuan utamanya semula.
◇◇◇
Pedal basikal dikayuh. Suasana di taman itu diamatinya sambil-sambil mengayuh basikal. Mulutnya menyanyi-nyanyi kecil, menjelaskan kebahagiaan di dalam hatinya.
YOU ARE READING
My Precious Alyssa [Hold-On]
ActionDemi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu t...