4

87 8 3
                                    

Alyssa melabuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahan dengan Faris. Memang tempat itu mereka sediakan khas ke untuk dirinya? Alyssa tidak mahu membuat kecoh atau memalukan dirinya dan Tuan Umar, jadi dia dengan pasrahnya duduk saja di situ tanpa berkata apa-apa.

"Hai Isa. Lama tak jumpa." Tegur Faris, memulakan perbualan. Alyssa di sebelahnya diperhatikan. Nampak cantik gadis itu dengan gaun yang dikenakannya.

Musuh tak musuh. Kalau ada perempuan cantik, memang takkan terlepas daripada dipuji oleh Faris.

"Hai." Balas Alyssa pendek. Dia malas nak beramah mesra. Kalau boleh, dia mahu balik selepas Tuan Umar memberi ucapan.

"Wanna drink?" Soal Faris sambil mengangkat sebelah keningnya. Dia kenal Alyssa. Gadis itu takkan mahu bergerak ke mana-mana seorang diri. Selalunya, Tuan Umar yang akan menemaninya. Hanya lelaki itu seorang sajalah.

Mahu tidak mahu, dia perlu juga untuk mengangguk setuju. Kalau tidak, dengan siapa lagi dia mahu meminta bantuan? Sepupu dia yang lain? Dia lebih rela meminta bantuan dengan Faris.

"Wait a minute." Katanya lalu meninggalkan meja itu.

"Huh, dasar pemalas. Ambil air pun minta tolong orang. Minta tolong dengan musuh sendiri pula tu. How shameless." Suara yang sangat menjengkelkan itu langsung tidak dipedulikan Alyssa. Dia merenung kosong ke atas pentas sepertimana kosongnya pentas itu. Haih... Bila nak mulanya ini?

Isabella merengus marah. Dasar biadab! Dia menolak rambut panjangnya ke belakang sebelum dikipas-kipas bahagian lehernya dengan tangannya. Panas pula walaupun duduk di dalam kawasan berpenghawa dingin.

"This. Yours." Satu gelas air sirap diletakkan di hadapan Alyssa.

"Thanks." Terpaksalah dia merendahkan egonya dengan menyucapkan terima kasih kepada Faris. Walaupun hatinya langsung tidak rela.

Faris tersenyum sinis. Kalau dia rakam tadi, pasti boleh malukan tujuh keturunan Alyssa.

"ну как твой день? (nu kak tvoy den'?)" Soalnya menggunakan bahasa Rusia. Kebiasaannya apabila mahu berbual dengan sepupu sendiri. Eh tidak, dengan Alyssa saja. Dan tiga orang lagi sepupunya. Kalau yang lain, susah sikit. Bahasa Melayu pun tidak pasti lepas.
(So, how's your day?)

"худшее, после того, как я встретил тебя. (khudsheye, posle togo, kak ya vstretil tebya.)" Balasnya dengan nada teruja sebelum riak wajahnya kembali membeku.
(Worst, after i met you.)

"Tch, jahat."

"Whatever."

Perbualan mereka terhenti apabila bunyi mikrofon dihidupkan kedengaran. Semua mula menumpukan perhatian ke arah pentas. Pengacara majlis dengan kertas di tangannya berdiri menghadap mikrofon.

◇◇◇

Meja yang diduduki oleh Alyssa sedikit demi sedikit berkurangan orangnya. Sepupu-sepupunya mula meninggalkan kawasan itu dan pergi ke tempat lain untuk mengambil makanan. Manakala Alyssa masih duduk di situ sambil bermain telefonnya.

"Хотите, чтобы я взял еду для вас? (khotite, chtoby ya vzyal yedu dlya vas?)" Faris bertanya kepada Alyssa sambil membetulkan tuxedo-nya.
(Do you want me to take food for you?)

"что с тобой не так? (chto s toboy ne tak?)" Soal Alyssa kembali. Hairan dia apabila Faris sering membuat baik padanya. Tadi tolong ambilkan air, lepas itu meminjamkan baju kotnya pula. Baru sebentar tadi menanyakan jika dia boleh mengambilkan makanan untuknya? Tidak ke macam kena sampuk itu?
(What's wrong with you?)

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now