9

83 8 8
                                    

"Saya dengar Alyssa demam. Betul ke?"

Tuan Umar yang baru mahu melangkah masuk ke dalam rumah terhenti apabila terdengar suara seorang lelaki menyebut nama anaknya. Dia menoleh.

"Kau kenapa nak menyibuk?" Soalnya kasar. Inilah jiran yang selalu menyacau Alyssa itu.

Padahal, Alyssa yang kacau.

"Eh saya bukan apa, saja nak bertanya khabar. Lagipun lama sudah saya tak jumpa Alyssa. Selalunya ada aje dia kacau saya dekat sini." Dia menggaru belakang kepalanya. Kekok  pula apabila berhadapan dengan bapa kepada Alyssa ini. Muka serius dan tegang saja.

"Tak perlu nak ambil berat tentang anak aku. Aku tak suka." Katanya dengan nada yang tidak suka. Dia tidak suka apabila ada orang luar yang sibuk-sibuk mahu mengambil berat tentang anaknya. Sudahlah dia tidak dapat maklumat tentang lelaki di hadapannya itu lagi.

"Tapi kitakan hidup berjiran. Apa salahnya kalau saya nak ambil berat tentang jiran saya pun." Balasnya dengan nada tidak bersalah.

Kolar baju lelaki itu ditarik sehingga membuatkan Aqil betul-betul melekat pada pagar itu. Sudahlah panas, pagar besi itu sudah pastilah panas.

"Eh kau dengar sini eh. Walaupun aku tak kenal kau lagi, tapi firasat hati aku rasa memang kau orang tak baik. Jadi, jangan sesekali nak dekatkan diri kau dengan anak aku. Jangan cakap aku tak warning kau." Pesan Tuan Umar keras.

"Tuan Umar, tak baik menuduh-nuduh." Nafi Aqil. Dia memandang mata Tuan Umar sambil menahan kepanasan pada besi pagar itu. Dia juga terpaksa menahan pagar itu bagi menjauhkan mukanya daripada terkena besi pagar itu.

Tuan Umar menarik senyuman sinis. "Firasat hati aku tak pernah salah." Dengan kasar dia menolak tubuh Aqil ke belakang dan melepaskan genggamannya pada kolar baju lelaki itu.

Tanpa membuang masa, dia masuk ke dalam rumah semula. Banyak lagi kerja dia perlu buat daripada melayan lelaki tidak tahu asal usul itu.

"Tch, harap anak aje muka cantik, bapak perangai macam haram." Kutuknya dalam diam. Kolar bajunya dibetulkan. Menyesal dia tanya soal gadis itu pada lelaki tadi. Tidak beradab!

◇◇◇

"Tak nak! Isa tak nak!" Alyssa berlari ke penjuru bilik. Tuan Umar mengeluh. Inilah satu sikap Alyssa yang dia sendiri pun tidak sanggup untuk hadap. Orang lain takut doktor ataupun klinik, yang dia ni takut ubat!

"Isa makan sikit, sayang. Nanti tak makan ubat, macam mana nak sihat?" Pujuk Puan Sri Hamidah. Dia pun terlibat sekali dalam masalah itu. Dia risau apabila terdengar bunyi jeritan Alyssa daripada dapur tadi. Ingatkan Tuan Umar dera cucunya, rupanya cucu dia yang dera Tuan Umar.

"Ish, Isa dah sihatlah! Dah boleh berlari dah." Jawabnya. Dia merengek tidak puas hati.

"No, Isa tak sihat lagi. Mari sini, babygirl daddy." Pujuk Tuan Umar dengan suara yang paling lembut pernah dia buat.

"Tak nak!" Alyssa berlari ke sekeliling bilik apabila Tuan Umar cuba mendekati diri dia.

Puan Sri Hamidah hanya melihat saja aksi anak dan cucunya. Dia tidak tahu mahu buat apa jadi dia berdiri saja di sebelah katil.

Pap!

"Gotcha!"

"Argh!" Jerit Alyssa nyaring. Dia meronta di dalam pelukan Tuan Umar. Sudah seperti orang diserang histeria.

"Mama, bagi Umar ubat tu." Puan Sri Hamidah mendekati Tuan Umar dengan ubat Alyssa di tangannya. Tiba di sebelah anaknya, dia menyerahkan ubat itu.

Ubat bertukar tangan. Makin kuat jeritan Alyssa bergema di seluruh rumah itu. Sehinggakan Tuan Zahiril dan yang lain juga datang melihat.

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now