"Dah jumpa si pelaku?" Soal Tuan Umar kepada pekerjanya, Kays.
"Masih dalam proses." Balas Kays. Dia berjalan di sebelah tuannya.
"Aku nak kau cari si pelaku tu cepat sikit. Sekali dengan ketua dia. Hujung minggu ni, aku nak jawapannya. Faham?" Kays menggigit bibir. Bila tuannya sudah beri tarikh luput, makin gelabahlah dia. "Kays, aku percayakan kau." Bahu Kays dipegang.
"Baiklah tuan." Balasnya selepas menghela nafas berat. Berat lagi tugasannya.
"Oh ya, lagi satu. Aku nak kau cari maklumat pasal lelaki yang baru pindah sebelah rumah keluarga aku tu. Aku dapat rasa sesuatu pada dia. Tapi, pasal tu kau tak perlu rushing sangat. Settle kan satu persatu kerja kau."
Dia tidak terlalu kejam untuk menyuruh pekerjanya menyiapkan banyak kerja dalam satu masa. Dia tahu had kerja mereka.
"Baik tuan. Saya akan cuba sehabis baik saya."
◇◇◇
Nombor kawannya didailkan. Siapa lagi kalau bukan Jayden? Telefonnya dilekapkan pada telinga sambil menunggu panggilannya diangkat.
"Hello?"
"JJ!"
"Hei, kenapa ni? Terkejut I, you tiba-tiba menjerit tau."
"Sorry, JJ. But I have good news to tell you."
"Okay-okay. Now, tell me."
"I rasa, I nak dah jumpa seseorang."
"You jumpa seseorang? What do you mean? Someone after Danny?"
"Yes!"
"Oh, so mind to tell me who is the luckiest guy?"
Alyssa diam. Namun, dia masih tersenyum suka. Kuku jari telunjuknya digigit sedikit, gaya seperti seseorang yang sedang malu.
"Al? Al, are you still there? Al!"
Risau pula apabila soalannya tiada jawapan. Malah apabila dipanggil pun tiada sahutan. Dia risau kalau apa-apa jadi pada Alyssa.
"Yeah, I'm still here. Hm about that guy... I rasa I tak nak cerita pada you dulu. I malu." Balasan Alyssa menerima gelak kecil Jayden.
"Hahaha. Sejak bila Luna Alyssa I ni seorang yang pemalu? Lebih lagi dengan I."
Geli hatinya apabila keluar perkataan malu daripada mulut Alyssa. Setahu dia, Alyssa ini kalau bersama dia memang tidak tahu malu. Tetapi, masih ada lagi batasnya.
"Ish, malaslah nak cakap dengan you. I merajuk. Bye!"
Tutt!
Panggilan dimatikan dengan perasaan geram. Boleh pula kawan dia mengata dia depan-depan? Depan-depan sangat itu!
Jayden biarkan saja. Kata merajuk, tetapi tengoklah malam nanti siapa yang mesej dulu? Alyssa memang tidak berpegang pada kata-katanya. Kata-katanya bagai ditiup angin dan membuatnya terlupa apa yang jadi sebelum ini. Seolah-olah dia lupa ingatan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Precious Alyssa [Hold-On]
AksiDemi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu t...