21

131 7 2
                                    

"I want to meet you, my Princess." Bisiknya lembut.

Tidak semena-mena, pinggang Leo disiku Alyssa kuat. Leo mengaduh sakit sambil memegang pinggang kanannya. Berbisa sungguh siku Alyssa, ingatkan mata aje tajam bak pisau. Siku pun macam ular!

"Aduh!" Alyssa hanya menatapnya tanpa perasaan. Dia bersandar pada kabinet sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilang; kaki kanan di atas kaki kiri lalu digoyang-goyangkan kaki kanannya.

"Meet my princess, huh? Padan muka!"

"Sampai hati, tuan puteri. Siku dekat... Tempat luka, patik. Aduh!" Alyssa mengerutkan dahi. Leo masih tertunduk sambil memegang pinggangnya dengan tangan kiri. Tangan kanannya pula berpaut pada bahu Alyssa. Dahinya terasa mula mengeluarkan manik-manik peluh.

"Don't play around, Leo." Alyssa menunjukkan ekspresi muka yang tidak tertarik dengan permainan Leo. Kening sebelahnya terangkat. Dia sudah banyak kali dipermainkan oleh Leo, dan dia serik.

"I... I'm not kidding. It's...really hurt." Adu Leo lagi. Mukanya berkerut menahan sakit. Dia rasa jahitan lukanya sudah terbuka. Siku Alyssa betul-betul terkena tepat pada lukanya. Tambahan pula, Alyssa menyiku dengan kuat.

Alyssa mula tak keruan. Leo nampaknya benar-benar dalam kesakitan. Dia memegang bahu Leo. "Sakit sangat ke? Kuat sangat ke I siku?" Dia mula rasa serba salah.

"Not bad. Tapi lagi sakit bila terkena tepat dekat luka ni."

"Luka? Mana? Mari I tengokkan." Pelawanya. Hujung baju Leo dipegangnya. Dia bersedia mahu menyelak namun ditahan oleh Leo. Tak segan langsung budak ni, desis hatinya.

"Eee... Tak malu ke buka baju lelaki?" Gurau Leo. Dia cuba tersenyum dalam kesakitan. Alyssa membuat muka meluat. Baju Leo dilepaskannya seiring dengan hadiah jelingan untuk Leo.

"Fine. Settle sendiri." Rajuknya. Namun sempat ditahan oleh Leo daripada berlalu pergi. Dia menoleh dan melepaskan pegangan pada tangannya. "Don't. Touch. Me." Katanya sepatah-sepatah.

"Amboi garangnya. Okaylah. Sini saya tunjuk." Bajunya diangkat sedikit. Betul-betul paras balutan luka itu. Takut kalau buka lagi luas, ada yang tergoda.

"Leo! Teruknya! Isa bawa jumpa doktor jom. Macam dah berdarah semula aje luka tu." Ajak Alyssa. Tangan Leo dipegang dan dia bawa Leo ke bilik tetamu. Sempat dia berpesan pada pengawal untuk memanggil doktor peribadi rumah itu.

Leo diletakkan ke atas katil. Dia mengangkat kaki lelaki itu bersusah payah naik ke atas katil. Leo pula sengaja memberatkan lagi kakinya.

Terhibur dia dengan Alyssa. Bukannya dia lumpuh ke, patah kaki ke, jatuh sampai tak boleh bangun ke. Yang dia luka di bahagian pinggang. Anggota lain sihat walafiat lagi.

"Tunggu sini kejap. I nak naik atas, ambil barang. In case, kalau you kena pergi hospital, I boleh temankan. Tunggu kejap eh." Pantas Alyssa berlari keluar. Pintu bilik ditutup.

Leo menggeleng. "Haih... Caring sangat pun susah. Aku yang tersakiti dekat sini." Keluhnya sambil memandang tangan yang memegang luka.

...

Tuan Umar melangkah ke cermin besar yang berada di dalam bilik pakaiannya. Perutnya berototnya dipegang. Jarinya dialurkan mengikut garisan otot itu. Setelah itu, dia menepuk-nepuk bahagian permukaan perut.  

"Elok aje berotot perut aku ni. Tang mana yang macam pau pun aku tak tahulah. Temberang aje Isa ni. Mengrisaukan." Dia memerhati lagi depan badannya bahagian atas. Suci. Ingat semua mafia ada tatu ke? Dia tak berani untuk bertatu kerana takut dikejar dengan parang oleh Puan Sri Hamidah. Perkara ini lebih menakutkan daripada diacu dengan senjata api paling berbahaya dalam dunia.

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now