8

74 8 0
                                    

"Hai Aqil!"

Aqil yang baru saja mahu keluar membuang sampah, terbantut langkahnya. Dia meletakkan plastik sampah itu ke bawah dan disandarkan pada dinding. Pagar pemisah rumahnya dengan rumah sebelah didekati.

"Hai."

"Nak pergi mana tu?"

"Buang sampah." Balasnya pendek. Memang itu satu-satunya tujuan dia keluar pun. Hari panas terik. Malas mahu keluar.

"Oh. Em sebenarnya saya nak tanya sesuatu ni." Katanya dengan tidak yakin. Dia menggaru belakang kepalanya.

"Tentang apa tu?" Soalnya kembali apabila Alyssa diam. Entah kenapa dia ada masa pula mahu melayan gadis itu. Kalau orang lain, malas dia mahu melayan.

"Er kenapa awak beli rumah besar-besar ni ya? Awakkan tinggal seorang aje." Soal Alyssa. Aqil berkerut dahi.

"Kenapa tanya?"

"Oh bukan apa! Cuma saya hairan. Walaupun pak su saya pun macam awak tapi dia ada sebab tersendiri."

"Sebab apa pak su awak beli rumah besar-besar?"

"Sebab dia dah sedia untuk ambil langkah seterusnya. Yalah, umur pun dah nak masuk siri 4, nanti takut lama-lama dia jadi bujang lapok pula. Awak faham kan?"

Aqil faham. Pasti pak cik gadis itu sudah jumpa jodohnya atau masih mencari tetapi mahu senang di masa akan datang jadi dia sudah beli rumah untuk keluarganya terlebih dahulu.

"Jadi, apa sebab Aqil pula?"

"Hm macam mana kalau saya cakap, sebab saya sama macam sebab pak su Alyssa. Cumanya, saya ni masih di awal 20 an. Tapi, kalau dah sampai jodoh, apa salahnya kan?" Saja dia memancing Alyssa. Dia tahu gadis itu tertarik dengan dia. Dia dapat kesan itu hanya melalui pandangan gadis itu.

"Oh... Jadi, awak nak kahwin dah lah?" Suara Alyssa makin perlahan. Tubuhnya kelihatan semakin lemah berbanding tadi.

"Hm ya."

"Oh tak apalah kalau macam tu. Terima kasih sebab dah luangkan masa dengan saya. Saya masuk dalam dulu. Bye."

"Bye, assalammualaikum." Alyssa sedikit tersentak. Mungkin ini sebabnya dia tak sukakan aku.

"Waalaikumussalam." Balasnya perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Aqil. Dengan lemah, kakinya melangkah semula ke rumah. Dia tiada mood. Siapa ganggu dia, siap sedia kena maki!

◇◇◇

"Syukri?" Mendatar saja suara Tuan Umar namun dapat menakutkan anak buahnya. Mereka semua hanya berdiam diri mendengar nama si pelaku yang telah mencari pasal dengan tuan mereka disebut oleh Tuan Umar.

"Ini maklumat tentang anak buah dia yang bakar syarikat tuan tu." Fail dihulurkan kepada Tuan Umar.

"Tak perlu." Tuan Umar menolak. "Aku nak kau heret malaun ni depan aku. Now!"

Buk!

Meja ditumbuknya. Berani kau munculkan diri semula? Tuan Umar menggenggam tangannya kuat. Seolah sedang mengumpul kemarahannya di dalam genggamannya itu. Tidak sabar mahu melepaskannya kepada musuhnya.

"Justin." Pengawal peribadi anaknya dipanggil.

"Ya tuan."

"Aku nak kau ketatkan kawalan pada anak aku. Aku dapat rasakan Syukri akan bertindak tak lama lagi. Dan dia akan jatuhkan aku melalui anak aku. Aku tak nak Alyssa terlibat dengan masalah ni langsung. Faham? Kalau boleh aku tak nak dia tahu pun siapa aku."

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now