14

78 5 0
                                    

Alyssa menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Sesekali dia memandang ke sekeliling seperti sedang mencari seseorang. Seseorang yang harus dielakkan daripada bertemu.

Dengan terjengkit-jengkit dia masuk ke ruang makan. Sepatutnya, dia makan tengah hari sejam yang lepas. Namun, disebabkan mahu mengelak daripada seseorang itu, dia terpaksa anjakkan waktu sehingga sejam selepasnya. Terseksa dia di dalam bilik tadi menahan lapar.

Setelah memeriksa seseorang itu tiada di sekitar ruang makan, dia menghela nafas lega. Dia berjalan seperti biasa dan duduk di tempat biasanya. Iaitu tempat duduk Tuan Umar.

Baru dia mahu suap nasi ke dalam mulutnya, dia ditegur dengan satu suara. Dia mengangkat kepala dengan tangan yang masih di hadapan mulutnya.

"Baru turun makan? Kita dah nak minum petang, Cik Isa baru nak makan tengah hari." Tegur Alex sebaik saja berdiri di belakang kerusi yang berada di kanan Alyssa.

"Ye. Saya tertidur tadi. Sebab tu lambat makan." Dia meneruskan suapan nasi putih ke dalam mulutnya. Ayam masak lemak cili api yang dimasak oleh Mak Minah memang memikat hatinya. Lebih lagi, apabila dia gemar makan makanan pedas. Memang gulai lemak cili api dia letop-letop pedas dia.

Alex mengangguk. Dia hanya berdiri di situ tanpa membuat apa-apa. Alyssa mengerling. Mulutnya masih mengunyah nasi di dalam mulut dan menelan sedikit demi sedikit nasi yang telah dikunyahnya.

"Kenapa tak duduk? Daddy dah balik ke?" Alyssa pun tahu mereka takkan berani duduk dengannya kalau ada Tuan Umar. Walaupun masing-masing sado, kalau di hadapan Tuan Umar semua jadi kecut.

Kesimpulan: Janganlah sesekali mendekati puteri raja singa itu, kalau tidak mahu dibaham.

"Eh taklah. Saja. Saya tak tahu nak buat apa." Balas Alex dan tersengih seperti kerang busuk. Belakang kepala digaru.

"Tak ada kerja?" Soal Alyssa lagi namun berjaya menyentapkan hati Alex. Sudah macam Tuan Umar. Nasib baik suara lembut sikit tetapi tetap dapat menyentapkan hatinya. Tidak boleh kalau dia ditanya soalan begitu oleh majikan atau anak majikannya. Kawan dia yang lain pun sama.

"Err ada. Cuma, tak banyak sangat." Alex duduk di kerusi yang dipegangnya tadi.

"Hm tangguhlah kerja tu. Balik daddy nanti, dah datang kerja baru. Bila tak siap, habislah kena marah."

"Alah, sikit aje. Apa salahnya kalau saya luangkan masa dengan Cik Isa sepanjang Tuan Umar tak ada dekat sini? Kalau dia ada, daripada jauh aje saya boleh pandang Cik Isa." Luah hatinya sayu. Dia meletak dagu ke atas meja.

"Hm. Kalau nak luangkan masa, tak boleh dekat dalam rumah. Kena dekat luar. Macam pergi mall ke, taman ke, laut ke. Best juga, kan?" Bodeknya. Inilah masanya untuk dia mencuba nasib. Dia sudah lama mahu keluar daripada rumah itu.

Walaupun orang kata, mereka sanggup tinggal di rumah yang besar untuk selama-lamanya tanpa keluar. Alyssa rasa benda itu membosankan. Tak adalah seronok sangat tinggal di rumah besar-besar.

"Hm mula dah." Gumam Alex sambil menggeleng perlahan. "Cik Isa nak keluar buat apa? Dalam rumah ni ada semua dah. Taman yang Cik Isa nak ada dekat belakang rumah. Kolam ada dekat tingkat dua. Bilik wayang pun ada dekat sana. Ha apa lagi tak cukup?"

Alyssa mencebik. Ayat Alex sama saja seperti ayat Tuan Umar. Serupa benar! Asal dia ajak keluar ambil angin, ada saja alasan Tuan Umar. Masalahnya, dia nak hirup angin luar bukan angin dalam rumah!

"Ish, malaslah nak cakap dah!" Pinggan yang masih bersisa makanan ditolak. Dia bangun dan ambil bekas air basuh tangan lalu dicurahkan air itu ke atas tangannya yang kotor. Dia mengelap mulut dengan sisa air di tangannya.

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now