Tuala untuk mengelap rambutnya yang basah dicampakkan ke atas katil. Setelah itu, dia menukar baju mandinya dengan baju gaun yang sudah digosok dan bergantung di tempat penyangkut.
Zip ditarik ke atas. Tali gaun diikat ke belakang. Dia mengibas rambutnya yang ditarik ke hadapan tadi ke belakang semula.
Seperti biasa rutin hariannya, dia akan menghidupkan pengering rambut dan dihalakan ke arah rambut yang masih lembap. Setelah itu, disikat menggunakan sikat rambut.
Rambut panjangnya itu baru diwarnakan warna ungu pada minggu lepas. Dia minta pembantu rumah yang uruskan. Pewarna rambut pula disuruh pengawal peribadinya yang belikan.
Semua diuruskan di rumah saja. Memandangkan dia tidak dibenarkan keluar---
Oh! Tentang dia warnakan rambut itu pun, dia tidak beritahu pada daddynya dahulu. Sebagai balasan, kerana tidak benarkan dia keluar.
Mengingatkan tentang daddynya, hari ini merupakan hari kepulangan daddynya. Kerana itulah dia memakai gaun yang mahal. Ha gitu! Dia perlulah wangi dan cantik untuk menyambut kepulangan daddynya.
Ingat wangi dan cantik untuk kekasih saja ke?
Minyak wangi berjenama mahal disemburkan ke seluruh badan. Daripada kepala sehingga ke kaki.
Rambutnya sudah siap dihias. Dia menggayakan rambutnya half up half down. Rambut itu juga dikerintingkan dengan alat pengeriting rambut. Setelah mengikat rambutnya dengan getah berwarna hitam, dia mengikat pula reben yang seakan dengan warna gaunnya di atas getah tersebut.
Selesai mengikat reben, dia berlari anak ke arah cermin berdiri yang berada di penjuru bilik. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin itu. Gaun miliknya turut beralun mengikut arah pusingannya.
Puas dengan penampilannya, terbit satu senyuman lebar di sudut bibirnya. Sling bag berwarna putih dikenakan dengan gayanya pada hari ini.
"So, let's go, Luna Alyssa. Marilah kita terkejutkan daddy dengan rambut baru kita ni. Uuu~ Merecik hawau!" Rambutnya dikibas ke belakang. "Mu tunggu anakmu datang wahai Tuan Umar Harith!"
◇◇◇
Alex memanjang-manjangkan lehernya, kaki terjengkit-jengkit cuba meninggikan lagi dirinya. Kelibat seseorang— dua orang cuba dikesannya dalam kerumunan manusia di hadapannya itu.
Sudah hampir satu jam mereka berdua menghilangkan diri. Sudahlah tidak beritahu mahu ke mana. Kalau tidak, tak adalah dia risau sangat.
Sesekali dia mengerling ke arah jam tangan yang melilit pergelangan tangannya. Pasti beberapa minit lagi Tuan Umar akan tiba. Tetapi, anaknya pula yang menghilang.
"Aduh mana dua orang ni? Call tak berangkat. Mesej apatah lagi. Ish, stresslah aku macam ni!" Rungutnya seorang diri. Dia menggaru kasar rambut belakangnya.
"Apa kau stress kan, Alex?" Tegur satu suara daripada belakangnya. Dia menoleh laju.
"Eh Tuan Umar."
"Ha yalah aku ni. Kenapa? Dah tak kenal?" Cermin mata hitamnya dibuka. Dia menyangkut cermin mata hitamnya pada kolar baju. Dia hanya bergaya kasual saja.
"Err kenal. Cuma... Terkejut." Tuan Umar menjeling. Dia memandang ke belakang Alex. Cuba mencari satu susuk tubuh yang amat dirinduinya.
"Mana Isa?" Soalan maut.
Alex memandang ke sekeliling. Cuba mencari jawapan yang sesuai. Kalau dia tersilap langkah, boleh arwah dia di situ.

YOU ARE READING
My Precious Alyssa [Hold-On]
Hành độngDemi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu t...