20

105 7 4
                                        

"Ada apa panggil aku ke sini?" Soal Tuan Umar sambil memandang ke arah Kays yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Di sebelah lelaki itu ada Zay, manakala di belakang mereka berdua ada Min dan seorang lelaki yang Tuan Umar kenali, Hafiz.

"Saya ada berita baik dan berita buruk nak beritahu, Tuan." Kata Kays.

"Kau tahu kan, aku baru balik semalam? Kenapa tak call aje? Aku--- Huarghhh! Mengantuk lagi ni." Dia mengucap kuat. Min yang melihat sudah menelan liur. Menguap pun sudah seperti singa.

"Benda ni tak boleh bincang dekat telefon, Tuan."

"Dah kenapa?"

"Sebab nanti tuan menjerit marah, pekak telinga saya." Perlahan Kays membalas. Namun, masih didengari oleh telinga gajah Tuan Umar.

"Apa?!"

"Eh tak! Maksud saya, perkara ni penting. Kan tuan kata, kalau penting kena bincang sini. Tak boleh dekat telefon." Cepat-cepat Kays membetulkan ayatnya semula. Kang ada yang kena terkam.

Tuan Umar masih memandangnya tajam. "Hm, teruskan." Dia duduk sedikit di hujung meja.

"Saya mulakan dengan berita buruk dulu. Saya dapat tahu salah seorang daripada anak buah tuan, merupakan perisik Syukri. Saya tahu tentang ni sejak Q intip seorang pekerja baru ni. Tak silap saya nama dia Hazren. Hm... Lelaki tinggi muka pakistan tu. Q kata sejak Tuan terima Hazren bekerja dia dah rasa tak sedap hati. Sebab tulah dia intip. Dan... Ini hasilnya."

Telefonnya dikeluarkan. File yang dihantar oleh Q dibuka. Dia hulurkan kepada Tuan Umar.

"Tuan Umar selalu tinggalkan Alyssa di rumah keluarga dia setiap kali dia outstation. Tak pun, time dia kotorkan tangan. Jadi, saya rasa sekarang ni mesti Alyssa berada di rumah Tuan Zahiril. Tentang Tuan Umar, dia ke luar negara untuk beberapa bulan atas sebab nak stabilkan semula syarikat yang tuan dah tonggang terbalikkan tu." Kata-katanya diakhiri dengan tawa sinis.

Q melihat dengan rasa geram di dalam hati. Dia mahu saja terkam Hazren itu namun dia harus sabar. Dia tidak boleh bergerak solo dan tidak mempunyai apa-apa perancangan. Takut nanti dia yang pertama kecundang.

Hazren bukan calang-calang orangnya. Badan dia, dua kali ganda lebih besar daripada Q. Gayanya dan kemahirannya dalam bertarung pun tidak boleh dibawa main. Silap langkah, boleh melayang sampai ke dada langit.

"Mereka masih tak dapat kenal saya bos. Memang betul apa kata bos. Lembab! Sama aje macam bos diaorang yang lemah tu! Hahahaha!" Makin disabar, makin dicabar. Q mengetap giginya kuat. Dia perlu bertahan. Dia perlu merakam semua ayat-ayat itu dan berikannya kepada Tuan Umar.

My Precious Alyssa [Hold-On]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang