"Daddy pergi sekejap aje. Isa tunggu sini dengan Tok Ma." Pesan Tuan Umar sambil menggosok kepala Alyssa.
Panggilan yang diterima olehnya daripada Tuan Zahiril tengah hari tadi cukup membuatkan dia huru-hara. Syarikat yang telah diusahakannya sejak bertahun-tahun lamanya, sudah habis terbakar. Nasib baik hanya di tingkat atas. Tingkat bawah masih ada yang selamat, ada juga yang masih boleh diselamatkan.
"Ya, daddy. Isa dengar. Daripada dalam bilik tadi, daddy tak habis-habis cakap perkara yang sama." Tangannya yang sudah hilang di sebalik oversized hoodie berwarna ungu disilangkan ke dada.
"Biarlah daddy nak pesan berpuluh ribu pun. Isa kan degil?" Puncak hidung anaknya dicuit.
"Mana ada!"
"Ya, ada."
"Tok Ayah!" Adu Alyssa pada Tuan Zahiril. Memandangkan Puan Sri Hamidah tiada di sini, jadi dia hanya meminta bantuan daripada datuknya saja.
Tuan Zahiril menggeleng saja tanpa ada niat mahu mencampuri hal keluarga kecil itu.
Buk!
"Woi!" Jerit Tuan Umar apabila belakangnya ditumbuk kuat oleh Tuan Hazmi. Boleh patah pinggang kalau macam iniol "Kau apahal?" Soalnya bengang.
"Atas arahan tuan puteri." Tangannya ditepuk bersama tangan Alyssa.
"Ini puteri aku. Itu puteri kau!" Bahu Alyssa ditarik menjauhi abangnya. Sibuk saja mahu mencuri puterinya. Tubuh Alyssa disorokkan di belakang badannya.
"Dua-dua ni tuan puteri aku! Tapi ni kesayangan yang paling atas sekali." Pipi Fara Arisya dikucupnya. Anak perempuannya itu langsung tidak menunjukkan yang dia rimas dengan kucupan itu. Dia lagi suka adalah.
"Sudah, kalau nak bercakap pasal tuan puteri semua ni, bilanya nak gerak? Alamatnya, habis terbakar hanguslah syarikat kamu tu nanti Umar. Langsung tak boleh nak selamatkan." Tegur Tuan Zahiril setelah dia masuk ke dalam kereta Alphard hitam miliknya.
"Daddy dengan Walid pergi dulu. Assalammualaikum." Alyssa dan Fara melambai ke arah kereta yang sudah mula bergerak pergi. Setelah kereta itu hilang daripada pandangan mereka, Fara terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Alyssa.
Alyssa tidak terus masuk. Dia memilih untuk pergi ke kolam besar yang ada di rumah agam itu. Itulah tempat kegemarannya apabila mahu berseorangan di rumah itu.
Kaki direndamkan ke dalam kolam yang dipenuhi air. Dia menyepak air itu sehingga menghasilkan percikan air. Matanya mula meliar ke sekeliling. Tiba-tiba pandangannya tertancap pada beberapa pasu yang tersusun di satu tempat. Ada di antara pasu itu berjarak jauh kerana sebelum ini ada satu pasu lagi di situ namun sudah pecah.
Mengingatkan hal itu, dia mengeluh. Itu salah satu punca kenapa dia tidak suka dengan sepupu-sepupunya itu.
"Sinilah cepat!" Lengan Alyssa ditarik Faris kuat mendekati sebuah kolam besar. Alyssa sudah berjurai air matanya kerana takut. Dia takut kalau ditolak masuk ke dalam kolam. Dia sudahlah tidak reti berenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Precious Alyssa [Hold-On]
AcciónDemi keselamatan anak gadisnya, dia sanggup 'mengurung' gadis itu di rumahnya yang sebesar istana. Hidup si gadis dilimpahi dengan kemewahan. Segala yang dipinta pasti akan diturutkan jua. Tidak pernah terlewat atau dimungkiri. Kehidupan gadis itu t...