5

99 8 9
                                    

"Hm hmm hmm..." Alyssa menggumam kecil membentuk irama sebuah lagu. Lagu ciptaan sendiri. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan sehelai kain kecil. Rasa malas pula mahu menggunakan hairdryer.

Hari ini hari cuti jadi bolehlah dia baring sepuas-puasnya di atas katil! Rambutnya dikepitkan dengan pengepit rambut. Laptop berjenama diambil dan dibawa bersamanya ke katil. Masa untuk movie!

Dia meniarap memandang ke skrin laptop. Papan kekunci ditekan-tekan, mahu mencari web yang selalu menjadi pilihannya untuk menonton filem. Tengahari begini terasa mahu menonton filem Marvel pula.

Remote untuk menutup langsir diambilnya. Bila layan filem, mestilah di tempat yang gelap. Baru feel dalam panggung wayang. Wayar speaker yang dibelikan oleh Tuan Umar untuknya dimasukkan ke dalam lubang yang tersedia pada laptop itu.

Tok tok

Alyssa mengeluh. Cerita baru nak mula sudah ada yang mengacau. Dia melaung kuat mengarahkan orang itu untuk masuk ke dalam biliknya.

Daun pintu dibuka. Alyssa tidak menoleh sebaliknya menonton filem tanpa menghiraukan orang yang masuk ke dalam biliknya. Mungkin itu hanya pembantu rumah yang mahu mengutip baju kotornya.

Namun, sangkaannya salah. Katilnya terasa memberat ke sebelah. Alyssa mengerutkan dahi sambil menoleh ke sebelahnya. Hampir termelatah namun sempat ditahannya.

"Daddy, buat apa dekat sini?" Soal Alyssa pada Tuan Umar. Dia melihat mangkuk yang ada pada tangan Tuan Umar. Daripada mana dia dapat bertih jagung ini?

"Nak tengok wayang dengan anak daddylah." Balasnya sambil cuba menyelesakan dirinya di atas katil milik anaknya.

"Ni, mana daddy dapat ni? Sejak bila rumah kita ada mesin bertih jagung ni?" Soalnya hairan.

"Haih Isa ni. Telefon sentiasa dekat tangan tapi masih tak tahu tentang benda senang macam ni. Ini kalau tak ada mesin dia pun tak apa, masak aje atas kuali." Terang Tuan Umar. Mangkuk itu dihulurkan kepada Alyssa.

Alyssa mengangguk saja. Tangannya menggapai satu bertih jagung lalu disuakan ke mulutnya. Hm sedap. Butang space ditekan bagi memulakan filem yang dihentikannya tadi.

"Eh bukan kita dah tengok ke cerita ni?" Soal Tuan Umar.

"Ya, tapi Isa saja nak ulang balik. Sebelum ni Isa tak tengok betul-betul jadi tak faham sangat." Tuan Umar mengiyakan saja. Ulang pun ulanglah. Lagipun ceritanya menarik.

◇◇◇

"Sesi perfileman sudah tamat. Jadi, diminta untuk keluar daripada bilik ini kerana Kak Ila mahu membersihkan kotoran yang telah dibuat oleh encik." Kata Alyssa. Dia mula bangun daripada meniarapnya.

"Alaa jomlah tengok satu lagi." Rengek Tuan Umar. Mukanya disembamkan pada permukaan tilam. Tangannya dihentak-hentak seperti tidak berpuas hati.

"No, no, no. Tak ada satu lagi. Daddy keluar, Alyssa nak panggil Kak Ila. Nak suruh dia kemaskan katil Isa ni. Habis penuh dengan popcorn daddy. Nanti malam Isa kena bawa lari dengan semut macam mana? Cukuplah Isa ni aje dah manis untuk tarik perhatian semut tu, tak payahlah nak tabur popcorn pula." Selimut yang Tuan Umar baring di atasnya ditarik-tarik.

My Precious Alyssa [Hold-On]Where stories live. Discover now