11

84 8 0
                                        

"isa tak suka daddy!" Bantalnya dicapai dan dibalingkan ke arah Tuan Umar. Namun, Tuan Umar hanya terima saja balingan itu. Selalunya, dia akan mengelak atau cuba menangkap. Mungkin kerana dia tahu itu memang salahnya.

Balik saja mereka ke rumah, Tuan Umar sudah diminta untuk ke luar negara pula. Dia perlu menjaga syarikat arwah datuknya yang sudah makin merundum semenjak sepupu perempuannya yang jaga. Sudah dia katakan, sepupu perempuannya itu tidak boleh dipercayai.

"Daddy kena pergi juga, honey. Kalau tidak, habis muflis syarikat moyang Isa tu. Lama tau nak bangunkan syarikat tu. Kalau tak disebabkan syarikat tu, Isa tak duduk sini tahu. Isa duduk rumah flat aje."

Alyssa mencerlung tajam. Sudahlah dia sedang sakit hati, boleh pula Tuan Umar main-main.

Dia tidak kisah kalau Tuan Umar mahu keluar negara pun. Tapi kalau sudah berbulan-bulan, memang tidaklah dia benarkan! Sudahlah tidak bawa dia sekali. Kata nanti dia tidak dapat belajar dengan fokus. Habis itu, sangguplah tinggalkan dia di Malaysia ini seorang diri?

"Suka hati daddylah. Nak sangat pergi, pergilah! Biar Isa tinggal sini, buat hal Isa sendiri. Daddy, jangan nak bising pula." Rambut panjangnya dikibaskan ke belakang. Dia duduk di birai katil dan membelakangi Tuan Umar.

Tuan Umar tergamam. Dia tidak boleh masuk campur hal anaknya? Itu tidak akan pernah terjadi. Apa yang Alyssa buat, dia perlu tahu. Mana Alyssa pergi, dia juga perlu tahu.

"Mana boleh. You're my daughter. Mestilah daddy kena masuk campur dalam semua benda."

Alyssa hanya menghiraukan Tuan Umar. Dia protes. Dia merajuk. Dia tidak mahu bercakap dengan Tuan Umar. Ego dia tinggi daripada tinggi dia. Begitu jugalah dengan Tuan Umar. Bak kata pepatah, bapak borek anak rintik.

"Okay fine, daddy janji daddy akan bawa Isa bercuti cuti sekolah ni." Masih lagi tidak dilayan. Tuan Umar mengeluh. Dia sudah lambat sebenarnya. Dia perlu berangkat sekarang juga. Walauapapun, dia terpaksa pergi.

"I have to go now, babygirl. I'm sorry. I promise to call you when I arrive. I'll miss you my babygirl. I'm sorry again."

Dia keluar daripada bilik anaknya dengan hati yang berat. Hampir termelatah dia apabila muka salah seorang anak buahnya muncul di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya mendatar. Pandangan serius diberikan. Namun, langsung tidak terkesan pada anak buahnya yang satu itu, Mikhail a.k.a Leo.

"Ni, ada orang kirimkan untuk Cik Isa." Satu kotak yang telah dibalut cantik dengan pembalut hadiah diserahkan kepada Tuan Umar. Di atas kotak itu ada sehelai kertas dan tertera di atasnya nama Alyssa.

Hadiah bertukar tangan. Tuan Umar membelek-belek bungkusan hadiah di tangannya itu. Dia mengoyak pembalut hadiah itu dan biarkan saja bersepah di atas lantai.

Leo menggeleng perlahan. Mentang-mentang ramai pembantu rumah, suka-suka saja membuang sampah merata-rata.

Kotak itu dikoyakkan. Isi di dalamnya menjadi tumpuan utama.

Ada sebingkai gambar. Di hujung bahagian bawah gambar itu tertera tarikh yang penting dalam hidupnya. Dia menggenggam bingkai gambar itu sekuat hati. Seperti sedang mengumpul amarahnya di situ.

Prang!

"Buang dan bakar gambar tu. Aku benci. Dan panggilkan pembantu rumah untuk bersihkan kaca ini sehingga bersih. Pastikan Alyssa tidak terpijak kaca ni. Aku pergi dulu."

Dia meninggalkan Leo. Hatinya membara panas. Kalau tidak dikenangkan syarikat arwah datuknya di luar negara, dia akan pastikan ada peperangan dunia ketiga di antara dia dan si penghantar hadiah itu.

My Precious Alyssa [Hold-On]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang