16

71 5 5
                                        

Alyssa menongkat dagunya. Siku diletakkan di atas bantal yang berada di atas ribanya. Matanya merenung kosong ke depan dengan otak yang sedari tadi kusut memikirkan tentang Alex.

Bukan tentang apa, tentang perkara yang membuatkan Alex berubah serius di taman tadi. Sampaikan dia tidak sempat mahu melihat tasik.

Balik saja ke rumah, dia hanya diturunkan dua orang lelaki itu di hadapan rumah dan disambut oleh pembantu rumah. Manakala dua lelaki itu sudah menghilang. Ke mana, tiada siapa yang tahu.

Dari masuk ke rumah, sampai ke bilik dia tidak habis-habis memikirkan apa yang sedang berlaku. Sehingga ke bilik mandi dia memikirkan perkara tadi.

Dia perasan sejak kebelakangan ini, Tuan Umar lebih mengetatkan pengawasan ke atasnya. Kalau dulu dia boleh keluar, sekarang ini dia tidak dibenarkan langsung keluar.

Kecuali tadi. Itupun kerana Tuan Umar tidak sampai hati mahu mengatakan tidak selepas Alyssa membuat drama air mata. Nasib tidak meraung saja budak itu.

Lamunan Alyssa terganggu apabila pintu biliknya diketuk. Dia melaung suaranya kuat menyuruh orang itu masuk ke dalam biliknya.

Pintu dibuka perlahan dan ditutup kembali. Sebaik orang itu melepasi dinding yang menghalang Alyssa daripada melihat terus ke pintu, barulah dia tahu yang datang itu ialah Mak Minah.

"Ya, Mak Minah? Ada apa masuk bilik Isa malam buta ni?" Soal Alyssa hairan. Sepatutnya waktu begini tiada siapa dibenarkan untuk masuk ke tingkat tiga. Tingkat itu telahpun menjadi kawasan larangan bermula jam 9 malam sehingga 7 pagi esoknya.

"Maaf kalau Mak Minah ganggu Cik Isa. Cuma nak beritahu yang Tuan Umar ada telefon tadi." Dia meminta maaf terlebih dahulu, takut kehadirannya pada malam itu mengganggu waktu rehat anak majikannya.

Dahi Alyssa berkerut. Kenapa Tuan Umar telefon Mak Minah? Kenapa tidak telefon dia saja kalau mahu bercakap dengannya? Dia pun ada telefon. Jangan-jangan---

Alyssa memandang Mak Minah atas bawah sebelum mengalihkan pandangannya kembali dengan gelengan yang laju. Tidak! Tidak, tidak, tidak! Tak mungkin! Mak Minah hampir sebaya Puan Sri Hamidah kut! Tuan Umar pula masih diawal usia 40 an.

"Err kenapa daddy telefon Mak Minah? Kenapa tak telefon Isa aje?" Soalnya curiga.

"Oh Tuan kata dia ada telefon Cik Isa tadi tapi tak dapat. Telefon Cik Isa mati agaknya." Balasan daripada Mak Minah membuatkan Alyssa segera memeriksa telefonnya. Dia cuba hidupkan telefon itu namun tidak boleh. Betullah itu, telefonnya sudah mati.

"Daddy kata apa dekat Mak Minah?"

"Tuan kata, dia tak dapat balik bulan depan. Dia kena tinggal lagi dua bulan dekat sana. Dia pesan, supaya Cik Isa tidak ponteng setiap kelas waktu sekolah Cik Isa. Dia kata lagi, dia tahu setiap aktiviti Cik Isa dekat sini." Pesanan terakhir membuatkan Alyssa meremang bulu roma. Susahlah dapat daddy yang misteri memanjang ini.

"Hm yalah. Nanti Mak Minah pesan dekat daddy juga. Tak payah nak tunggu dua bulan dekat sana, kalau duduk sana terus pun tak apa. Isa tak kisah." Katanya dengan nada selamba. Dia meletakkan bantal di atas ribanya tadi ke tempat asalnya semula. 

Setelah itu, dia rebahkan kepalanya ke atas bantal. Selimut ditarik sehingga ke bahu. Dia mahu tidur. Esok dia sudah mula kelas seperti biasa. Malas dia mahu fikir perihal Tuan Umar.

Dia merajuk!

Mak Minah terpinga-pinga. Alyssa sudah mahu masuk tidur sebaik saja dia memberitahu pesanan Tuan Umar kepadanya. Dia terkejut dengan respon Alyssa. Namun lama-kelamaan dia tahu yang Alyssa dalam keadaan merajuk.

Dia akhirnya meninggalkan bilik gadis itu. Lama-lama di situ bukan boleh buat apa. Takut lagi ditengking saja nanti.

◇◇◇

My Precious Alyssa [Hold-On]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang