𝐁𝐀𝐁 5 🦋

177 11 1
                                    


AIRIS meregangkan tubuhnya seketika sebelum dia mengejutkan Ariana yang berada di sebelahnya . Mereka tiba di rumah pusaka yang terletak di Negeri Terengganu tepat pukul 12:30 tengah malam .

"Banyaknya motor , motor siapa nih ?" soal Bella tatkala nampak deretan motor yang tersusun di tepi rumah pusaka itu . Kesemuanya ada 3 motor berkuasa tinggi .

"Entah lahh jom lahh keluar , aku nak tidur" ajak Airis .

Mereka berempat turun dari kereta dan terus pergi ke Datin'Sri Elith .

"Nenda , motor siapa ni ?" Airis mencuit sedikit bahu Datin'Sri Elith bagi menarik perhatiannya .

"Entah lahh nenda pun tak tahu . Kejap nenda tanya nenek Ian" Datin'Sri Elith terus pergi Nenek Ian . Nampaknya , Nenek Ian juga tidak tahu siapa kepunyaan motor ini .

"Nenda kita salah rumah ke ?" soal Aisyah cucu Nenek Ian yang berumur 19 tahun kepada Datin'Sri Elith .

"Eh mana ada kita salah rumah , ini lah rumah pusaka itu" nafi Datin'Sri Elith . Mustahil mereka salah rumah , kerana baru setahun mereka tidak ke sini .

"Ha sudah sampai pun , lama kitaorang tunggu kakak" sergah Tok Kil yang entah dari mana muncul .

"Kau ni kalau aku heart attack macam mana ? Tak ke buat kenduri arwah dekat sini ?" marah Nenek Ian akan adiknya itu sambil mengurut dadanya berkali-kali .

Tergeleng kepala Datin'Sri Elith melihat gelagat adik - adiknya itu bergaduh macam budak kecil . Sudah tua pun nak bergaduh .

"Sudah lahh bergaduh itu . Jom lah masuk . Kakak nak tidur" tegur Datin'Sri Elith .

"Jom kakak , tinggalkan nenek tua ini" ajak Tok Kil sambil memaut lengan Datin'Sri Elith .

"Kau pun tua juga , tak payah berlagak macam orang muda" kata Nenek Ian selamba .

Tok Kil hanya mencebik .

"Cucu - cucu yang hot Tok Kil dekat belakang tuuu . Mari lee kita masuk takkan nak tunggu sampai ada benda lain yang join" kata Tok Kil . Dia menarik lengan Datin'Sri Elith untuk mengikuti langkahnya menaiki tangga .

Airis , Ariana dan Bella hanya mengikuti sahaja langkah Datin'Sri Elith di mana dia pergi .

"Fiy" panggil Datin'Sri Elith . Kebiasaannya , Airis akan membahasakan dirinya sebagai 'Fiy' dengan keluarga . Hanya Bella dan Ariana sahaja memanggilnya 'Aris'.

"Ya nenda" jawab Airis .

"Korang bertiga tidur bilik sekali eh ? Sebab bilik tak cukup" arah Datin'Sri Elith .

Berkerut dahi Airis mendengarnya .

"Biasa cukup sahaja nek , kenapa kali ini tak cukup pula ?" soal Airis pelik .

"Kali ini ramai yang datang . Orang jauh pun datang sebab tu tak cukup bilik" jelas Datin'Sri Elith .

Airis hanya menganguk kepalanya perlahan . Dia terus pergi ke arah Ariana dan Bella yang berada di suatu sudut .

"Nenda suruh kita tidur sekali . Jadi , jom lahh" ajak Airis .

Ariana dan Bella tidak membantah . Memang wajar akan berkongsi bilik bila kesemua keluarga mereka balik .

Mereka pergi ke satu bilik tetamu yang kosong . Biasanya Ariana yang tidur di situ .

Bella melihat ada yang tidur berkelumbung di ruang tamu . Sejuk lahh itu ....

Mereka tiba di bilik tersebut . Hanya ada sebuah almari , meja solek dan katil yang bersaiz king.

"Kita tidur melentanglah . Luas sikit" cadang Airis . Airis dan Bella bersedia untuk melompat ke tilam .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now