BAB 16 🦋

109 11 0
                                    

SEBULAN BERLALU

                ARIANA melangkah dengan laju apabila mengetahui Datin'Sri Elith sedang terlantar di hospital kerana kemalangan .

Sampai sahaja di sana , Ariana terus meluru ke arah Airis yang setia menunggu nenda di luar bilik pembedahan .

"Aris" panggil Ariana seraya memeluk rakannya .

"Doktor cakap apa ?" tanya Ariana .

"Doktor cakap nenda tahap kritikal sebab dia banyak kehilangan darah" tersedu-sedu Airis berkata .

Ariana mengalirkan air matanya . Cemas dia dibuatnya apabila menerima telefon daripada Airis . Tetapi dia perlu menenangkan Airis jadi dia harus kuat . Tidak lama kemudian , Bella pun tiba .

"Ari keadaan nenda ?" Ariana mengeleng .

Bella sudah mula mengalirkan air matanya .

"Maaf cik-cik semua.  Siapa penjaga Datin'Sri Elith ? Boleh masuk" kata doktor sebaik sahaja keluar dari bilik pembedahan .

"Kami bertiga" jawab Airis .

"Macam mana dengan nenda saya ?" tanya Bella .

"Tahap Datin'Sri tadi sangat kritikal tetapi allhamdulilah nenda cik bertiga sangat kuat . Tetapi dia koma mungkin akan sedar lagi beberapa hari" terang doktor perempuan itu .

"Thank you" ucap Bella .

Doktor itu hanya mengangguk .

Ariana menrangkul pinggang Airis agar Airis tidak melorot ke bawah . Bella pula hanya berjalan di belakang mereka berdua .

"Nenda" rintih Airis. Sedih hatinya melihat keadaan Datin'Sri Elith yang penuh wayar di tubuhnya .

"Shhhh kau kena kuat" pujuk Bella apabila Airis sudah menangis teresak-esak .

Ariana yang tidak mampu menahan tangisan akhirnya terkeluar jua .

♡♡♡

    ARIANA , Airis dan Bella setia menunggu Datin'Sri Elith untuk sedar . Masing-masing tidak pergi ke kerja kerana ingin menjaga Datin'Sri Elith yang sedang koma . Masuk hari ini , sudah hari ketiga mereka menunggu Datin'Sri Elith .

"Aku curious macam mana nenda boleh accident" Bella berkata .

"Aku pun"

Bunyi pintu dikuak menyebabkan tiga gadis itu berpaling .

"Maaf boss  . Aku lambat" Zanish selaku pekerja Ariana yang merangkap menjadi hacker untuk pekerjaan gelapnya .

"Apa yang kau dapat ?" soal Ariana serius .

"Hari masa kemalangan anak buah aku sempat soal selidik orang awam yang menyaksikan kemalangan tu . Guess what ? Kereta tu hilang kawalan and then terbabas . Driver Datin'Sri kata kereta tak boleh dibrek . Aku juga dapat tangkap budak yang buat brek kereta milik Datin'Sri . Aku dah letak dia dekat bilik pertahanan ." terang Zanish .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now